skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Natisha Z.
Seorang penyelidik yang sering kali terkandas dalam agenda penyelidikan dan perjuangan peribadinya. Aku bukan sesiapa di dunia ini tanpa keteguhan iman, keluarga, Mr. Cinta dan teman sejati
View my complete profile

Those With Me

Me on Track

  • ► 2011 (3)
    • ► August (1)
    • ► July (2)
  • ▼ 2010 (50)
    • ► December (5)
    • ► November (2)
    • ► September (1)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (3)
    • ► March (8)
    • ▼ February (11)
      • Al-Fatihah...Buatmu Syafia Humairah
      • Titipan Buatmu WANITA
      • Jika Tiada Esok Bagiku
      • Hati Terus Berbohong !?!
      • Bila-bila bercerita ---Part 1
      • Ucapan TAHNIAH Buat Teman-teman Yang Melangkah Ke ...
      • Mencari Yang Hilang
      • Serabut........Biarlah berlalu
      • "Jangan Bersedih"
      • Siapa Aku Tanpa CintaMu?
      • Cerita Buat Si Rempit a.k.a Adnan Sempit
    • ► January (9)

Me & My Other Half

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers

KeRaNa KaU, DiA dAn MeReKa...

PERJALANAN CERITERA KU BERMULA DENGAN MEREKA, KEJATUHAN KU KERANA DIA, NAMUN AKU BANGUN SEMULA DARI KELUMPUHAN SEMALAM KERANA KAU

Al-Fatihah...Buatmu Syafia Humairah

Sunday, February 28, 2010


Raut wajah anak kecil ini penuh dengan pengharapan, gerak-gerinya yang mengukir sejuta impian kini terhenti sudah. Kerdipan matanya yang selama ini mengaut segunung cita-cita kini hancur berderai. Anak sekecil ini sangat membutuhkan kasih sayang, sekeping hatinya yang luhur itu rindukan sentuhan manja, jemari lembutnya kepingin di genggam erat dan wajah comel itu ketagihan kucupan bonda dan ayahanda tercinta.

Namun, kenapa anak ini diseksa penuh kerakusan? Kenapa manusia yang bertopengkan syaitan itu tegar sekali memijak tubuh kecil anak ini? Rasukan syaitan apakah hingga kau jadikan anak ini seperti bola yang bisa kau tendang dia? Tidak adakah sekelumit kasih dan sayang dalam hati hitam mu untuk kau hulurkan sedikit rasa simpati buat anak ini? Kau ragut kehidupan anak ini sekejam-kejam perbuatan. Kau benar-benar buat aku marah!!!


Adikku Syafia,

Kau tak perlu bimbang lagi, hatimu kini tenang kerana kau telah kembali kepadaNya dan akan sentiasa berada dibawah payung lindunganNya. Jangan kau takut lagi. Si rakus itu tidak akan menyakiti kau lagi. Setiap kezaliman, keluhan dan kesakitan kau akan dibalas oleh Yang Esa kapan tiba masanya nanti. Aku dan seluruh penduduk bumi ini akan berdoa agar kau rohmu dicucuri rahmat dan kau ditempatkan bersama dengan golangan mukmin. Semoga syurga yang kekal abadi itu menjadi tempatmu wahai adikku. Tika ini, hatiku benar sayu dengan pemergianmu tapi aku yakin disana lebih baik buatmu.

Kau yang terpesong moral,

Aku tidak pasti bagaimana kau lalui zaman kanak-kanakmu samada penuh gembira atau penuh duka. Namun, ini bukan caranya kau ragut kebahagiaan hati anak sekecil itu, seusia 3 tahun. Dia masih naif, dia sangat lemah dan mentah dalam melalui kekejaman yang kau ciptakan itu. Malah dia masih muda untuk mengenal erti hidup.

Pernahkah kau terfikir jika dirimu diseksa sedemikian rupa? Sudah pasti kau tahu betapa pedihnya bila diri ini dianiayai. Kau telah menurut nafsu hasutan syaitan yang dilaknat Allah itu. Wahai hamba Allah, kembalilah, bertaubatlah kerana pintu taubat itu masih terbuka luas. Jangan kau ulangi perbuatan hina ini. Mohonlah kemaafan dan keampunan dari Allah S.W.T, Tuhan Yang Maha Pengampun.

Cukuplah adik Syafia yang disakiti. Jangan diragut lagi senyuman kanak-kanak lain. Berikanlah peluang buat anak kecil lain meniti bahagia. Jadikanlah ini pedoman, pengajaran dan nokhtah. Biarkan penderitaan anak kecil berakhir cukup sampai disini. Aku jamin wahai insan lain yang terpesong moralnya, perbuatan ini disumpah sekalian alam.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Kau cucuri lah roh adik Syafia. Kau tempatkan dia ditempat yang kau muliakan. Kau tiupkan lah hidayahmu buat mereka yang menzalimi anak-anak kecil agar terbuka hidayah dan dihentikan segala perbuatan mereka yang terkutuk itu. Kau lindunglah anak-anak kecil lain dari bahana penderitaan seperti ini. Hanya padaMu aku memohon Tuhanku! Tuhan Yang Satu...
Amin....!

Posted by Natisha Z. at 8:33 PM 0 comments  

Titipan Buatmu WANITA

Saturday, February 27, 2010




*******************************************************************
Warisan Wanita Terakhir
(nyanyian asal oleh: Teacher's Pet)
~ Akustika Raya `09 oleh Faizal Tahir, Lan , Noh~

Bila kita dalam salam perpisahan
Namun aku tetap bersamamu
Ku rasa bagai satu sentuhan
Dalam mimpi ku terbayang wajahmu

Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu

Untukmu akan ku semaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduan ku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi

Warisan wanita terakhir
Jiwa raga ku serah
Kau ingin milik segalanya
Di mana kasihmu tiada kau memberi
Apa yang ku perlu hanya kau dapat memberi
Hanya satu yang ku pinta kasih
Kau warisan wanita yang terakhir

Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu

Untukmu akan ku semaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduan ku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi

Warisan wanita terakhir
Jiwa raga ku serah
Kau ingin milik segalanya
Di mana kasihmu tiada kau memberi
Apa yang ku perlu hanya kau dapat memberi
Hanya satu yang ku pinta kasih
Kau warisan wanita yang terakhir

Hati sucimu ingin ku miliki
Hanya satu yang ku pinta... Kasih...
Kau warisan wanita ynag terakhir
Kau warisan wanita... Yang terakhir...

Posted by Natisha Z. at 6:01 PM 0 comments  

Jika Tiada Esok Bagiku

Wednesday, February 24, 2010

Jika tiada esok bagiku
Angin moga khabarkan segunung rinduku padanya
Menahan rasa bungkam ingin ketemu

Jika tiada esok bagiku
Terik matahari berikan percikan semangatmu ke dadanya
Mengganti diriku yang jauh nun di utara

Jika tiada esok bagiku
Bulan kau sinarkan hatinya
Biar bercahaya dan berkilau
Bak bintang bertabur menghiasi langit malam

Jika tiada esok bagiku
Campakkan rasa cinta, kasih dan sayangku ke sanubarinya
Kerna aku mahu dia terus berdiri utuh

Dia tempat aku mengadu domba
Mengusap deraian airmata yang berlinang
Dia tempat aku melepaskan amarah
Kesabarannya memadamkan api yang marak
Dia tempat aku ukir hilai tawa
Gurauannya masih terngiang-ngiang di telinga

Di bahunya tempat aku bersandar
Di dadanya tempat aku landaikan kepala

Dia segalanya buatku
Selain mama
Yang sering berkongsi agenda
Dia tahu kemahuan dan kejelekkanku
Tika hatinya aku guris
Tak lama pasti dia ukir senyum manis

Dia tak pernah lokek rasa kasih
Dia tak pernah jemu layan kerenah
Menjadi benteng sandaran aku dan mereka
Berkorban demi semua yang dicintainya

Santapan kami berbeza
Dia tetap bersyukur pada rezeki yang diterima
Bibirnya tak lancar bersungut
Apatah lagi mengeluh

Dia pembakar semangatku
Kepintarannya mencabar keegoanku
Aku disini dan dia masih tetap disana
Semangatnya tetap berkobar
Kebijaksaannya tetap menjadi pencabar
Namun dia tetap mendoakan kejayaanku

Dialah Mr Cinta
Aku bersyukur pada Tuhan yang mempertemukan aku dengan dia
Aku kagum dengan keberanian dia
Dia tak boleh rebah kerna aku pinjam semangatnya
Andai aku tak bisa sampaikan padanya
Bahawa sayangku ini tiada sempadan
Kasihku padanya seluas lautan

Jika tiada esok bagiku
Sampaikanlah ucapanku wahai angin
Sampaikan padanya....yang aku kagum dengan semangatnya






Posted by Natisha Z. at 8:42 PM 0 comments  

Hati Terus Berbohong !?!

Antara bicara lidah tak bertulang dan deraian airmata, mana satu yang lebih berharga? Bersulam sebuah lakonan penyeri kehidupan dan sebuah kejujuran, bisakah hati yang tak mampu berbicara ini menilai? Diam bukan bererti kalah, berbicara bukan ertinya petah, yang pasti hati tetap didukung lara.

Lancar bicara bukan sebuah ukuran, tapi apakah ia? Penipuan demi penipuan, selindungan demi selindungan, betapa azabnya hati ini menanggung penyiksaan. Hati ini diruntun debaran, hati ini dilanda ketakutan yang tak ada penghujungnya. Setiap hari warnanya silih ganti dilalui, kewarasan hati semakin dirobek,tercarik dan terluka. Berbohong pada hati seperti berbohong pada diri hukumannya seperti merompak seisi maya. Namun degilnya hati ini terus menggengam keegoan diri.

Airmata ini melimpah seperti tiada harganya. Deraian yang tak bisa dihenti umpama kalah pada diri sendiri. Bukankah airmata saksi kejujuran diri, sebutir titisnya ibarat sebuah pengorbanan yang tak terukur sempadannya? Tapi, dimana letaknya kebenaran? Pada bicara lidah yang sering bebohong atau airmata yang menjadi saksi? Mungkin lain padang, lain lalangnya, yang dicari bukan erti pembohongan atau kebenaran tapi kejujuran dan keikhlasan. Keluhan dan penantian yang panjang merupakan kayu ukur kepada pembentukan keperibadian diri.

Kepahitan semalam, lupakan! Hati harus diajar melupakan titik hitam hitam tetapi mengingati kesan yang ditinggalkan. Biarlah hati terus berbohong, airmata tetap bisa menjadi teman setia biarpun tak seorang yang mahu meminjamkan telinganya. Akan hadir saat itu, saat yang tidak bisa kita paksa lagi ini selain dari menzahirkan sebuah pengakuan. Namun, di ketika ini, biarkan cerita itu berlalu dan biarlah hati terus berbohong.


Posted by Natisha Z. at 6:06 PM 0 comments  

Bila-bila bercerita ---Part 1

Monday, February 15, 2010


Setelah beberapa hari masing-masing dihambat kesibukan kerja, cuti sempena Tahun Baru Cina aku dan BFF bertemu dengan banyak-banyak cerita. Tutup sahaja pintu kereta, dia mula memula bicara. Al-maklumlah baru pulang bercuti di Hadyai dua hari lepas. Arrgggghhhh...jelesnye! Aku juga mahu ke sana. Entah bila agaknya, masih banyak urusan tergendala yang menunggu aku melengkapnya. Mr. Cinta cepat la kumpul duit kalau mahu ke sana. Terima kasih wahai BFF atas ole-ole tanda ingatan kepadaku. Ceritanya mengenai Hadyai merupakan sebuah promosi hebat untuk ku lantas terus menguatkan azamku mengumpul duit.


Little Mermaid dari Songkhla, Thailand



Raja & Permaisuri Thai...Sawaddiii!!!!


Ceritaku pula berbeza. Aku kira biarlah tetap menjadi rahsia antara aku dan BFF sahaja. Habis cerita, perut mula mengalunkan lagu keroncong. Lantas, lagu dondang sayang pula silih berganti. Kecewa!!! Hajat di hati ingin menikmati Dev Deli's. Peliknya, sehingga jarum jam menegak menunjukkan 12.30 tengah hari, urusan perniagaan belum bermula. Sungguh hampa, pabila lama menunggu, tak seorang pelayan yang datang memula bicara. Sekurang-kurangnya menghulur menu sudah cukup akan membuatkan panas hati ku dan BFF reda. Lagu keroncong mula bertukar rock "kapak", apa lagi berpindah la kami ke restoran berikutnya.

Lega!!!Menikmati hidangan ayam beserta Mediterrenian rice dari Nando's sudah cukup membuatkan perut kami diam seribu bahasa. Tekak yang digigit rasa kehausan tatkala disirami sparkling apple Nando's terus terasa nyaman tak terkata. Sungguh enak santapan tengah hari kami. Panas hati di dada telah surut. Benarlah kata orang perut kenyang hati pun senang. Selesai sudah agenda seterusnya pula bermula.

Hatiku diruntun perasaan tidak sabar, berdebar-debar. Hari esoknya Mr Cinta akan ke mari. Maka, akan terlerailah segala rindu yang mencengkam jiwa. Aku mahu menyiapkan yang terbaik buat Mr. Cinta. Dari semua segi dari semua aspek. Pakainya biarla tampak lawa dan ayu, makanannya biarlah sedap hingga buatkan Mr Cinta lebih merindu, tutur katanya nanti biarlah selembut awan-awan yang melitupi langit biru. Ternyata aku tidak sabar menunggu tibanya esok. Cerita ini tidak tamat begini sahaja. Aku akan kembali lagi untuk berkongsi bersama.


BFF dengan gayanya menikmati sundae McD



Versi Pirates Of The Carribeaan BFF



Mrs Cinta dan urusan kira-kiranya!!!hmmm...hmmm...


Aduh cuaca panas, hati panas, otak panas...semua panas. Cepat!!!! abang bomba TOLONG!!!!!

Posted by Natisha Z. at 8:54 PM 0 comments  

Ucapan TAHNIAH Buat Teman-teman Yang Melangkah Ke Alam Baru

Sunday, February 14, 2010



Bicara manis bibir semanis restu hati untuk meluahkan ucapan tahniah buat beberapa orang temanku yang akan dan telah mengikat pertalian cinta suci dalam erti kata lain hubungan perkahwinan. Setiap minggu aku dihujani jemputan bagi meraikan pasangan bahagia yang akan mengalunkan langkah ayu dalam busana raja sehari dan permaisuri sehari.

Aku memohon seribu kemaafan kerana tidak dapat memenuhi jemputan akibat dihimpit kesibukan tugasan dan agenda hidup yang tak pernah henti-henti. Aku disini tetap mendoakan agar dengan izin dan restu Ilahi jamuan walimatulurus kalian akan berjalan sesempurna impian. Apa lagi yang bisa aku doakan, mengharapkan agar kekal selamanya dan menempuhi segala onak ranjau bersama dengan penuh keredhaan dan ketentuan Allah S.W.T.

Selamat pengantin baru aku ucapkan buat teman sepersekolahan ku, Hazrina Hedzir dan suami Mazrie Mahat Jamal, buat teman sekuliahku Nurul Huda Kaida dan bakal suami Mohd Firdaus. Juga ucapan teristimewa buat sepupuku Iziana Nadia dan suami Abdul Rauf. Tidak kulupakan seorang lagi teman sekuliah Aisha Aziz dan bakal suami Yazid Ismail. Kalian kini akan menempuh sebuah alam ciptaan Ilahi yang penuh nikmat dan hikmah. Seterusnya bakal mewariskan generasi yang utuh imannya dan yang pastinya mencorak alam duniawi ini dengan lebih beerti.

Maafkan ku jika ada keterlajuran ku semasa kita bersama menikmati alam bujang suatu ketika dulu. Ternyata ketika itu aku masih daif merangkak mencari makna kehidupan. Aku juga memohon agar Tuhan memberi rezeki kepadaku untuk turut mengikuti jejak langkah kalian melangkah ke dunia rumahtangga suatu masa kelak.

Dengan penuh rasa kesyukuran dan kasih sayang, aku berdoa agar jodoh kalian berkekalan hingga keakhirnya dan dilimpahi rahmat Ilahi. Semoga hubungan yang dimetarai sentiasa disulami rasa cinta, kasih dan mesra. Amin....

Posted by Natisha Z. at 7:49 PM 0 comments  

Mencari Yang Hilang

Friday, February 12, 2010



Kadang-kadang
Dunia luas terhampar
Kita rasa terhimpit sempit

Kadang-kadang
Siang itu terang benderang
Kita rasa gelap yang mencengkam

Kadang-kadang
Gelitanya dinihari
Kita rasa bintang dapat menyinari

Kadang-kadang
Lautan luas tampak bahaya
Sejuta cerita diukir pada geloranya
Kita pula rasa indah di pandangan mata

Kadang-kadang
Puncak gunung nampak tenang
Mengulit jiwa yang malang
Kita pula rasa bahaya tinggal dekatnya

Bukan kesempitan yang kita cari
Bukan kegelitaan yang kita nanti
Bukan taufan yang kita tunggu
Bukan kebahayaan yang kita ingini

Kehidupan
Penuh onak dan golakan
Kalau tinggi kita gayat
Kalau rendah kita lemas
Tapi tetap harungi jua

Kehidupan
Penuh cinta
Penuh rindu
Penuh pengorbanan
Semua rasa digari sama dalam sanubari
Tiba-tiba rasa gusar
Tiba-tiba rasa hambar
Tak menentu pasang surut

Namun
Perjalan belum lagi berkubur
Selagi yang hilang belum bertemu
Pencarian harus tetap berlaku

Posted by Natisha Z. at 8:05 AM 0 comments  

Serabut........Biarlah berlalu

Thursday, February 11, 2010








**********************************************************


Ternyata semalam aku tak bisa kenal diri aku
Mungkin tiba esok aku tahu siapa aku
Ternyata semalam hatiku di runtun kecewa
Mungkin tiba esok aku menangis gembira
Ternyata semalam aku berteriak meghalau duka
Mungkin tiba esok aku kecapi bahagia

Aku buntu mencari sesuatu yang tiada hujung
Semua yang melihat pasti digigit rasa binggung
Tahukah mereka betapa sukarnya mencari diri yang hilang
Kapan tiba waktunya detik itu aku bilang
Masihkah ada sisa bintang yang bekerlip gemilang

Aku berlari dan terus berlari hingga tiba di sempadan waktu
Namun aku menoleh bertanya apa itu kesabaran
Aku laparkan cerita sempurna
Aku kehausan senda tawa
Aku mencari dan mengejar untuk siapa?
Aku menyepi dan menyembunyi untuk apa?
Terus-terusan aku serabut dengan seribu tanda tanya

Kesungguhan hati menjadi sandaran
Aku tetap terus berjalan biarpun waktu sejuta langkah ke depan
Aku tahu langkah jauh tak mungkin berkesempatan
Namun katanya biarlah.......




Posted by Natisha Z. at 10:19 AM 0 comments  

"Jangan Bersedih"

Tuesday, February 9, 2010


Dek kerana kejadian itu hati aku remuk
Hati aku hancur, lebur
Ditores keras pisau tajam
Aku jadi sedih
Terpanggil oleh suatu suara membaca sebuah tulisan
Ayatnya halus bacaanya terang
Maksudnya mendalam hingga bisa menyuluh kesuraman hari ku


"Jangan bersedih" kerana qadha' telah ditetapkan
Sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi
Pena-pena telah mengering, lembaran catatan telah dilipat
Setiap perkara telah ditetapkan

"Jangan bersedih" sebab kesedihan itu akan mendorong menghentikan putaran roda zaman
Menyelubungi matahari agar tidak terbit
Memutar jarum jam kembali ke masa lalu
Berjalan ke belakang dan aliran sungai pulang ke sumbernya

"Jangan bersedih" kerana kesedihan itu laksana badai merosakkan cuaca
Membuat air bah di mana-mana
Mengubah cuaca langit
Merosakkan keindahan bunga-bunga mekar di taman

"Jangan bersedih" kerana masih dapat meneguk air yang jernih
Dapat menghirup udara yang segar
Dapat berjalan di atas kedua kaki yang sihat
Masih dapat tidur nyenyak di malam hari

"Jangan bersedih" kerana penyakit yang anda deritai akan hilang
Cubaan akan pergi
Dosa akan diampuni
Hutang akan terbayar
Orang yang terpenjara akan dibebaskan
Orang hilang akan kembali
Orang fakir akan menjadi kaya

"Jangan bersedih" kerana awan hitam itu akan tersingkap terang
Malam yang demikian pekat menjadi terang-benderang
Angin kencang menjadi tenang
Yakinlah kesulitan hidup akan lenyap
Kehidupan akan menjadi bahagia
Masa depan menjadi gemilang

"Jangan bersedih" kerana teriknya matahari akan diteduhkan bayangan
Rasa kehausan yang mencekik disegarkan air yang dingin
Rasa lapar mencengkam dikenyangkan roti hangat
Pedihnya sakit hilang dengan lazatnya sihat
Kerana itu hanya perlu sedikit kesabaran
Dan tunggulah barang sejenak

"Jangan bersedih" kerana aku masih memiliki doa
Masih mampu bersimpuh di hadapan pintu-pintu Allah Yang Maha Kuasa
Memohon agar diberikan ketenangan
Aku masih memiliki waktu sepertiga malam sebagai waktu mustajab
Masih memiliki waktu untuk menyerahkan segalanya kepada Allah dalam sujud


*Tulisan ini membuatku befikir sejenak, kegundahan hati beransur pulih. Namun aku masih tetap insan lemah, aku tetap terkandas dalam perang perasaanku sendiri...




Posted by Natisha Z. at 8:12 PM 0 comments  

Siapa Aku Tanpa CintaMu?

Tuesday, February 2, 2010


Sesungguhnya aku insan kerdil di alam yang rakus. Setiap kali aku sujud padaMu Ya Allah, aku mengagumi kebesaran dan kekuasaanMu. Segala kecil besar noda dosa bertempiaran keluar dari tubuh kufur. Aku mahu merasa ketenangan seperti mana tenangnya lautan syurgaMu. Aku mahu setiap helaan nafasku bertasbih syukur padaMu, ya Allah. Entah apa dan di mana silapnya aku? Aku sangat dahagakan kecintaan dan hidayahMu agar setiap nikmat yang aku kecapi tidak sedikit pun aku berpaling dariMu.

Alam rakus yang luas ku rasakan sempit teramat, hinggakan aku bernafas tercunggap-cunggap dan perit menahan kesempitan ini. Tidak satu pun fatamorgana yang bisa terlepas dari pandangan. Aku menjunjung langit membiru dan berpijak di bumi nan satu. Tanah yang kotor, berdebu dan hitam ini lah asal kejadianku.

Aku lemah. Hatiku mudah hancur, tidak sekuatnya hati Mariam yang bisa melihat anaknya diseksa didepan matanya. Aku pula tidak tegar menjadi seperti ibunya Yusuf a.s yang mudah akur pada nafsu bisikan syaitan. Itulah ujian hebat semulia-mulianya umat yang bisa digelar khalifah di muka bumi ciptaan Engkau ya Allah. Aku panjatkan doa agar aku bisa terus melangkah meredah godaan duniawi tanpa langkahku tersasar dari tuntutan ukhrawi.

Aku takut jika aku terlupa padaMu ya Allah. Terlupa bermunajat padaMu. Terlupa mengucapkan syukur dalam setiap hela nafasku. Terlupa memenuhi segala perintahMu. Dalam setiap kealpaanku ya Allah, Kau masih tetap bisa menyelimuti ku dengan kenikmatanMu. Kau masih menerangi hatiku dengan taufik dan hidayahMu. Benar, tubuhku menggigil bila kau tiupkan seru teguranMu padaku, supaya aku sedar akan kelalaian ku.

Aku yakin padaMu ya Allah, sedikit waktu lagi aku akan bebas dari ujian besarMu yang menduga hatiku. Hanya kepada Kau, aku menyembah, aku memohon menagih simpati agar Kau tetap terus menghulurkan tali hidayahMu, membimbing setiap langkahku ke pintu-pintu syurgaMu, memayungi ku dengan semangat agar aku tidak mudah tumbang ditiup angin kemungkaran.

Semoga aku sentiasa gagah menjaga maruah ISLAM. Semoga aku terpelihara dari kesesatan dalam menyusuri perjalanan hidupku.

Posted by Natisha Z. at 3:01 PM 0 comments  

Cerita Buat Si Rempit a.k.a Adnan Sempit

Monday, February 1, 2010


Ahad 31 Januari 2010, GSC Midvalley

Aku tonton Adnan Sempit pada mulanya niat dihati cuma memenuhi permintaan Mr Cinta. Promosinya padaku agak memberangsangkan hinggakan aku tidak tergamak menolaknya. Dalam tempoh seminggu bisa menjadi filem 'box-office' dengan kutipan melepasi jangkauan. Hebat lagi, ditambah pula ingin mencatat rekod sejuta penonton.

Namun, jika tidak hebat masakan dapat mencuit hati si penonton. Dari mulut ke mulut yang lain membuatkan ramai ingin menyelami sendiri penceritaan itu. Aku memberi peluang itu kepada diriku sendiri menghayati wataknya, mengikuti kisah hidupnya. Tidak mengecewakan! Itu ungkapan jujur bagiku. Tampak ringan dengan hanya genre komedi, aku hanya bisa bicara jika kalian mengerti maksud sahabat, cinta dan maruah!


Adnan Sempit bukanlah sekadar gelaran
Namun disebalik itu kau tetap seorang insan
Tidak lokek dengan emosi dan perasaan
Kau marah bila di curah sindiran
Pada hakikatnya aku mengerti kau sebenarnya tersepit dengan keadaan

Ternyata dirimu tidak tegar dengan status yang diberi masyarakat
Pada dasarnya kau cuma penghantar surat
Hanya yang dipandangan mata itu yang mereka lihat
Lebih dalam lagi maksudnya tersirat

Kau juga punya impian
Kau juga mahu kejayaan
Kau juga ingin di lamun percintaan
Tapi "cikaro" yang kau gelarkan
Takut kau tak punya masa depan

Walau kau tidak pernah ku kenali
Jauh pula untuk didekati
Setelah jiwa kau aku selami
Rupanya kau insan berlembut hati
Meski luarnya lagak kau berani

Setelah cinta sebenar kau temukan
Mulanya dia hanya sekadar samaran
Tulusnya cinta yang kau tunjukkan
Pengorbanan suci yang kau pertaruhkan
Akhirnya doa kau diperkenankan

Wahai Si Rempit
Ceritera ini ceritera dunia rempit
Yang sukar difahami mereka yang fikirannya sempit
Tapi Adnan Sempit merubah persepsi
Buat insan seperti ku untuk lebih memahami realiti
Jangan hanya tahu mengadili
Sebelum dirinya itu aku kenali





Posted by Natisha Z. at 5:15 PM 0 comments  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License