skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Natisha Z.
Seorang penyelidik yang sering kali terkandas dalam agenda penyelidikan dan perjuangan peribadinya. Aku bukan sesiapa di dunia ini tanpa keteguhan iman, keluarga, Mr. Cinta dan teman sejati
View my complete profile

Those With Me

Me on Track

  • ► 2011 (3)
    • ► August (1)
    • ► July (2)
  • ▼ 2010 (50)
    • ► December (5)
    • ► November (2)
    • ► September (1)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (3)
    • ▼ March (8)
      • Aku Tak Mahu Siapa Pun Tahu
      • Aku takut....Tolong bawaku pulang!!!
      • Salam Hari Lahir Mr Cinta
      • Happy Birthday Ba!
      • Jam 0325--- aku rindu kamu
      • Jika Tiada Esok Bagiku [2]--Tinta Kasih
      • Aku Keliru Dengan "AKU"
      • Ini Untuk Kamu-----Yang Mencintai Dan Dicintai
    • ► February (11)
    • ► January (9)

Me & My Other Half

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers

KeRaNa KaU, DiA dAn MeReKa...

PERJALANAN CERITERA KU BERMULA DENGAN MEREKA, KEJATUHAN KU KERANA DIA, NAMUN AKU BANGUN SEMULA DARI KELUMPUHAN SEMALAM KERANA KAU

Aku Tak Mahu Siapa Pun Tahu

Friday, March 26, 2010



Aku tak mahu siapa pun tahu
Tingginya langit itu
Rendahnya lantai ini
Bukan bebanan itu yang harus kau pikul

Aku tak mahu siapa pun tahu
Gulana ini bukan milik kamu
Pilu ini ujian aku
Kesepian lagu nyanyian hatiku
Ketakutan menghiasi tidur malamku

Aku tak mahu siapa pun tahu
Telah kusimpan kepedihan luka ini
Kuncinya telah jauh ku lemparkan
Entah di mana ku terlupa ingatan

Aku tak mahu siapa pun tahu
Luka ini buntu waktu untuk sembuh
Suatu detik doaku bisa termakbul
Semuanya pasti berlalu

Hanya satu pintaku
Jangan dipersoal ini dan itu
Aku tak mampu beritahu
Kerna Yang Esa sedang menguji ketakwaan ku

Posted by Natisha Z. at 4:13 PM 0 comments  

Aku takut....Tolong bawaku pulang!!!

Tuesday, March 23, 2010

Aku menjengah ke atas melihat bumbung langit yang mendung dan kelam. Ku bisikkan pada hati janganlah dilimpahkan hujan pilu buatku. Terik mentari datanglah kembali menyinari perjalanan ku di gurun tandus ini. Aku terus melangkah menyusun tapak berhati-hati agar aku tidak tersandung lagi, sesekali ku pandang ke langit. Apakah langit itu bakal meruntuhkan air yang membasahi gurun ini.

Burung bertempiaran terbang mencari sarang, aku yang menyusuri langkah di gurun ini ligat mencari ruang berteduh meski tiada satu bumbung atau tiang untuk ku bersandar. Biar apapun langkahku tidak bisa mati. Dentuman guruh bersilih ganti, kilat sabung menyabung mengeletarkan seluruh jiwaku, takut- takut hangus terbakar pabila dipanah. Siapa bisa tolong aku? Di mana mahu aku berlindung? Ya Allah! Aku mahu pulang.

Perasaan bercampur baur, hati ini takut, gelisah, sedih dan gusar. Hanya airmata yang menjadi peneman setia aku di kala ini. Sekuat dan secekal mana aku cuba bertahan, akhirnya aku rebah. Aku tersungkur jatuh, muka tersembam mencium lantai bumi. Arrrrgggghhhh.....ku jerit sekuat hati menahan kepedihan walaupun tiada seorang yang mendengar jeritanku. Tolong bawa aku pulang!!!! Aku mahu pulang....

Siapa yang sudi bawaku pulang? Aku keseorangan dan ketakutan. Teman yang dulu mengukir senyum tawa bersama kini tidak sudi menyambut tanganku. Tuhan Yang Esa...tolonglah tunjukkan jalan padaku. Aku mahu pulang. Aku juga mahu merasa bahagia seperti mereka. Berikan aku peluang itu Tuhan.

Tandus gurun ini tidak setandus keperitan hati ku.

Aku mahu pulang....Tolong aku!

Posted by Natisha Z. at 11:25 AM 0 comments  

Salam Hari Lahir Mr Cinta

Sunday, March 21, 2010

Kau bukti cinta sejati
Dari sepasang jiwa yang menyatu

Kau ibarat buih-buih kasih
Berterbangan menjadi pelangi

Kau di didik penuh sempurna
Meski tiada satu yang sesempurnaNya

Kau benteng harapan bonda dan ayahanda
Impian mereka menggunung
Melihat permata itu kekal bersinar


*******************************************************************************


SALAM HARI LAHIR SAYANG ~ Ini kali kedua kita bersama meraikan hari ulangtahun kelahiranmu. Semoga aku tetap terus bersama pada tahun-tahun yang mendatang

SALAM HARI LAHIR SAYANG ~ Bukan usia jarak pengukur kematanganmu, hebat keperibadian mu. Usia sekadar angka, pengertian yang hakiki itu yang harus kau cari

SALAM HARI LAHIR SAYANG ~ Aku panjatkan doaku ke puncak langit ke-tujuh, semoga Allah SWT tidak sekali pun terlepas dari memandangmu. Kau penyuluh sinar cahaya dalam hidupku menerangi kesuraman perjalananku

SALAM HARI LAHIR SAYANG ~ Aku mahu kau tahu tanpa cintamu aku lemah, maka aku bermohon agar Allah SWT memberikan sepenuh kekuatan bagimu. Aku mahu kau tahu tanpa kehadiran dan belaianmu aku kaku, maka aku bermohon agar Allah SWT merahmati kasih saya ng kita. Aku mahu kau tahu senyumanmu adalah menawar mujarab bagiku. Gurauan dan tawamu pengubat luka hatiku. Aku benar benar mahu kau tahu ak u sayang padamu.

SALAM HARI LAHIR SAYANG ~ Aku bermohon agar Allah SWT melimpahkan harta dunia padamu agar dapat kiranya kau tetap terus membantu keluargamu. Semoga kau diberi kesihatan yang sebaiknya dan terhindar dari sebarang kemudaratan dan bahaya.

Semoga Allah SWT berikan kau dan aku hari hari yang penuh dengan senyuman agar setiap duka dan suka kita hadapi bersama dengan tenang dan sabar. Katahuilah aku mahu jadi suri hidupm u dan menemanimu hingga akhir hayatku.

Selamat Hari Lahir Sayangku!!!


Birthday present special untuk Mr Cinta dari Japan



Selepas kotak covernya dibuka



Kesian Mr Cinta!!!Sangat penat tapi tetap menggagahkan diri bersamaku


Mr & Mrs Cinta...Happy Birthday sayang!!!



Membantu Mr.Cinta membuka pack hadiah sebab dia takut akan rosakkan



Sangat teliti dan khusyuk



Special hand-made chocolate



Hope you like it sayang!!!

Posted by Natisha Z. at 2:56 AM 0 comments  

Happy Birthday Ba!

Wednesday, March 17, 2010



Alhamdulillah, aku masih punya ruang waktu untuk menyelit saki baki saat penting untuk dicoretkan. Meski ketika ini aku rasa amat sukar untuk meguruskan kehidupan seharian. Life is like riding a roller-coaster, full of ups and downs, full of excitement!

This entry is a special dedication to my uncle, Ba for his 40th birthday celebration on 12th March 2010. Ooopss...I hope its not wrong to published his age here! Come on...40 is just a number and I personally thinks he is 10 years younger than his age. Owh My God..he would probably be blushing right now!!!!

I believed that maturity is not just to the age but it comes in package. Its through your knowledge, behaviour and vision. We share a lot as he is always been some kind of a "bodyguard" to me during my childhood days. Thank you for that! He is actually an excellent chef perhaps he never ever cooks at home. Thats too bad!


Dear Ba,

Thank you for taking care of me during my chidhood years and I really appreciate that
I wish all the best things always cuddle you for each and every seconds
I wish Allah SWT will always be there with you with all HIS 'taufiq' and 'hidayah'
I wish you will be rewarded a long life, good health and prosperity
I wish you have a successful personal and career life
I wish to see you smile all the time
I wish all the happiness in your life

I wouldn't have much ringgit and cents to be shared with you
I know I do have lots of loves and smile (despite of my problems...oopss..hehe!)
Whenever you need a shoulder
You will have me at every seconds

HAPPY BIRTHDAY!
HAPPY BIRTHDAY!!
HAPPY BIRTHDAY!!!



p/s : Your present from Japan will be coming soon. Not big, not small but the thoughts that counts right??!!!

Posted by Natisha Z. at 8:16 PM 0 comments  

Jam 0325--- aku rindu kamu

Wednesday, March 10, 2010



Malam ini kedinginan menggigit sanubari
Langit putih indah bak lukisan
Salji menutupi segenap ceruk bumi bandar Wako
Di sebalik awan sana bintang bersinar cerah
Meski bulan hilang bersembunyi malu
Angin menghembus bayu syahdu
Bahasa alam dendangkan lagu merdu

Aku tatap wajahmu penuh rindu
Aku curi senyummu tanpa malu
Lalu ku bawa bersama tidur malamku
Aku tatap sinar matamu
Cahaya itu menyuluh hari hariku

Malam moga teruskan lukisan pelangi itu
Untuk aku dan kamu
Pabila siang datang bertamu
Kau pasti tahu aku sedang rindu kamu


p/s: entri ini 'special' untuk Mr Cinta

Posted by Natisha Z. at 6:31 PM 0 comments  

Jika Tiada Esok Bagiku [2]--Tinta Kasih

Saturday, March 6, 2010






Kau mahu tahu
Sebesar mana kasihku padamu
Sedalam mana cinta yang kusemai
Sekuat mana janji yang kupatri

Kau tanyakan padaku
Lautan itu luas
Luas lagikah cintaku?
Langit itu tinggi
Tinggi lagikah cintaku?
Awan itu suci
Suci lagikah cintaku?

Kau tujahi kotak mindaku sejuta persoalan
Mengapa kau pilihan teman hidupku hingga ke akhir hayat
Mengapa kau ku anggap jejaka terhebat
Mengapa semuanya kau

Ini jawab kata hatiku
Tutur bibirku
Nota kasih yang kutitip
Bukan sekadar janji manis

Aku cinta kamu seperti hari ini hari terakhirku
Aku cinta kamu seperti tiada esok lagi bagiku
Aku cinta kamu seperti malam ini tidak sempat lagi untukku
Aku cinta kamu seperti akan berhenti seketika lagi denyut nadi ku

Pabila matamu ku tatap
Seperti hari ini hari terakhir buatku
Entah berkesempatan atau tidak aku membahagiakanmu
Maka aku mencintaimu seperti tiada esok bagiku

Pabila senyuman itu kau ukir
Seperti jantung ini tiada berdegup lagi esok hari
Gurau senda akan berakhir
Maka aku mencintaimu seperi tiada lagi esok bagiku

Pabila tanganmu kukucup
Seolah jemari ini akan tetap membelaiku di dunia kekal
Seperti tidak mahu kulepas babak rindu ini
Maka aku mencintaimu seperti tiada lagi esok bagiku

Pabila kudakap erat tubuhmu
Seolah segala bebanan ku hancur berderai
Hangatnya melunturkan segala kedinginan yang mengigit
Sehingga hilang gugup atur kata dan langkah
Jangan berhenti dari terus memeluk ku
Maka aku memeluk dan mencintaimu...
....seperti tiada lagi esok bagiku


Jika kau mahu tahu
Jawapanku tak bisa berubah
Aku mencintaimu seperti esok tiada hadir untuk kita
Aku mencintaimu seperti ini kali terakhir ku tatap wajahmu
Aku mencintaimu seperti esok aku bakal pergi selamanya

Maka aku akan tetap terus menghargai...
...setiap detik bersamamu
..........setiap pelukan hangatmu
dan....................setiap hembusan cintamu


Posted by Natisha Z. at 2:08 PM 0 comments  

Aku Keliru Dengan "AKU"

Friday, March 5, 2010

Setelah enak tidur dibuai mimpi indah tak bersempadan, aku membuka kelopak mata dengan penuh kekeliruan. Entah apa yang menujah kotak minda ini hingga mimpi fantasi aku tersentak. Sesaat kurasakan betapa indahnya dunia namun sekelip sinar gemilangnya hilang entah ke mana. Debaran ketakutan menyahkan senyum dibibirku, siksa dan sesak mengenang segala ceritera.

Siapa gerangannya yang mahu jadi aku? Segala nikmat lampau disedut dan yang tinggal cumalah saki baki yang mungkin masih bisa bersinar atau tinggal debu debu usang. Sering ku bermohon padaNya agar diberi kekuatan mental untuk meneruskan peperangan ini sebelum semuanya pudar dan suram. Tiada lagi yang mampu ku lakukan selain berserah dan berharap. Kekeliruan ini semakin menyeret aku jauh dan ku rasa hampir mati, tapi bukan ini yang ku mahu.

Seperti hari semalam, aku menelan dugaan ini dengan redha walau digegar gunung berapi, dilanda tsunami. Ceritera ini miliku, pena tulisan Lauh Mahfuz yang sudah pun mengering dan tidak mampu dipadamkan lagi. Kepenatan sudah mula ku rasai, mencari erti sebenar kehidupan ini bukan mudah untuk aku.

Apakah aku perlu terus biar begini? Bagaimana mungkin aku jadikan hari ini lebih indah dari semalam yang hitam? Aku mahu menjerit bersama kicau burung yang bernada lagu riang. Aku mahu ketabahan hidup menemani aku, usah biarkan aku terus dihambat rasa pilu yang tak berpenghujung ini. Bekalkan aku seteguk air hikmat agar dapat ku rentasi hari esok yang penuh berduri.

Hanya padaNya aku sujud meminta. Entah ke mana hilang rasa malu ku utuk terus merayu lagi padaNya. Aku butuhkan peluang kedua yang terhapus dek semalam yang derita. Kini awan hitam yang menyelubungi langitku mencurahkan hujan batu mengiringi ujian kehidupan ku. Aku pohon agar taufan ini berakhir dan lulus dalam ujian ini.

Aku rindu kamu "SEMALAM", semalam yang pernah ku rasakan sejenak kegemilangan. Kembalilah kepadaku dan kita bina hidup baru.


p/s: Aku yang takut jika salah memilih jalan buat kali kedua. Aku harapkan doa dari semua sebagai bantuan agar dipermudahkan segalanya untukku.

Posted by Natisha Z. at 10:46 AM 0 comments  

Ini Untuk Kamu-----Yang Mencintai Dan Dicintai

Monday, March 1, 2010






AKU RASA TERPANGGIL UNTUK MENGHAYATINYA BERKALI KALI
BAIT-BAIT UCAPAN YANG MENYENTUH KALBU
LENGGOK MELODI YANG MENGALUN DERIA DENGARKU
YANG TERSIRAT ITU LEBIH DALAM PENGERTIANNYA
MENGHARGAI SEBUAH ANUGERAH YANG MAHA ESA
ANUGERAH CINTA YANG SUNGGUH HIKMAH

Posted by Natisha Z. at 5:58 PM 0 comments  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License