skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Natisha Z.
Seorang penyelidik yang sering kali terkandas dalam agenda penyelidikan dan perjuangan peribadinya. Aku bukan sesiapa di dunia ini tanpa keteguhan iman, keluarga, Mr. Cinta dan teman sejati
View my complete profile

Those With Me

Me on Track

  • ► 2011 (3)
    • ► August (1)
    • ► July (2)
  • ▼ 2010 (50)
    • ► December (5)
    • ► November (2)
    • ► September (1)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ▼ May (5)
      • Cinta Bukan Sekadar NAFSU
      • Corat coret bercuti
      • Tak Mungkin Aku BERHENTI Mengasihimu
      • Apa Adanya Pada Cinta
      • Bidadari Sepi Bermonolog
    • ► April (3)
    • ► March (8)
    • ► February (11)
    • ► January (9)

Me & My Other Half

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers

KeRaNa KaU, DiA dAn MeReKa...

PERJALANAN CERITERA KU BERMULA DENGAN MEREKA, KEJATUHAN KU KERANA DIA, NAMUN AKU BANGUN SEMULA DARI KELUMPUHAN SEMALAM KERANA KAU

Cinta Bukan Sekadar NAFSU

Thursday, May 20, 2010

Setiap kali pabila berbicara tentang hati, ia membuatkan garis-garis jiwa melukiskan pelbagai raut gambaran dalam sanubari ini. Dari sebelum hati ini dimiliki sehingga hari ini aku mencari apa makna sebenar kasih dan cinta yang insani agungkan. Binggung seketika aku tatkala memikirkan mengapa insani leka bila dihanyun buaian cinta, sedangkan akarnya takkan pernah kukuh jika tidak dibajai dengan doa dan restu Ilahi, satu-satunya cinta yang agung dan tulus.

Kehangatan drama 'Adamaya' yang ditayang di TV3 masih terasa, tetapi berapa ramai yang mendapat makna erti cinta dan pengorbanan daripada kisah yang kita tonton saban hari. Bibit-bibit kasih yang dilangsungkan dari hati yang tulus dan ikhlas tidak pernah terasa mual untuk kita saksikan. Namun, kekecundangan cinta kepada angin nafsu menyentapkan perasaan pabila karektor ini gigambarkan oleh Dani. Manusia sering tewas pada cinta, bukan kerana salah cinta tapi kerana manusia tunduk pada taufan nafsu.

Apabila cinta tak dapat dimiliki, kita dihimpit perasaan amarah. Tatakala cinta yang disemai tidak lagi berkembang dan layu, kita mula memusuhi. Sedang yang merangka segala percaturan ini adalah Tuhan Yang Esa, lantas manusia tidak mahu akur pada ketentuaanNya.

'Adamaya' hanya epik disebalik lakon layar, sedang dalam realiti cinta kecundang dan curang berlegar-legar disekeliling kita. 'Adamaya' hanya memberi peluang pada kita menhayun ke atas, ke bawah, kanan dan kiri mengikut susunan babak untuk kita mengambil ikhtibar kerunsingan epilog cinta. Cinta bukan sekadar ungkapan lidah tak bertulang namun hati engkar menzahirkannya.

Cinta sering dibawa hingga mati tapi kita lupa yang menghidupkan api cinta bukanlah ajaib semata, ia hadir bersama doa restu dari Allah Yang Esa. Kekuatan cinta bukan sekadar material dan ungkapan sayang semata. Kita kabur dan gelap pabila dilayangkan permaidani cinta.

Cinta hadir apabila kita mencarinya dari ungkapan indah dan restu dari Ilahi. Hanya yang terpilih itulah yang akan menjadi jodohnya bukan kita yang memilih dan menentukannya. Tatkala Allah mencampakkan benih cinta tanpa kita sedari bak sungai mengalir tenang di taman-taman syurga. Benih cinta yang tersemai akan subur dengan doa yang tak pernah henti-henti pada Ilahi.

Cinta kita biar kekal sepenuhnya namun tidak dapat menandingi cinta abadi kepada Yang Esa. Semoga segala yang berlaku di hadapan mata kita atau pada diri kita sendiri akan menjadi pengajaran dan peringatan yang baik untuk dibawa bersama dan singkirkanlah segala amarah dan kekecewaan yang hanya membawa girangnya hati SYAITAN.

Insyallah...semoga cinta yang kita semai akan terus subur dijauhkan dari tipu daya dan nafsu serakah sang Iblis.


Posted by Natisha Z. at 9:03 AM 0 comments  

Corat coret bercuti

Monday, May 17, 2010



Sebenarnya terlalu banyak yang ingin dikongsikan sejak kebelakangan ini. Saban hari ada seribu satu cerita yang menarik untuk dijadikan bahan pengajaran dan teladan untuk kita semua. Dari kisah sesak sengak di pejabat, persekitaran, malah diri sendiri.

Ingin aku kongsikan kisah percutian ke Langkawi yang merangkap pengalaman perjalanan paling agresif. Lelah jiwa pabila diingatkan kembali berada dan kembali ke tanah besar Perlis dalam masa kurang 8 jam. Terima kasih teristimewa buat Mr Cinta yang sanggup menunaikan hasrat dan keinginan ku.

Jom, saksikan sedikit sebanyak rakaman gambar yang sempat kami rakamkan ketika bercuti di bumi Lankawi.

"Sayang, permata itu ada dalam dirimu,
sinarannya itu menyelubu
ngi hari-hariku,
Pohon ampun dan maaf andainya sebutir kataku menguris jiwamu,
cinta ini tak pernah puas u
ntukmu"














Posted by Natisha Z. at 9:23 PM 0 comments  

Tak Mungkin Aku BERHENTI Mengasihimu

Wednesday, May 12, 2010



Jika bisa aku pecahkan kepompong ketakutan ku, lama sudah aku hempaskannya. Aku tak ingin lagi dibelenggu segala kebimbangan yang melangkaui batas fikiran. Aku ingin berlari ke lautan luas yang ditemani setia pantai sisiran. Aku mahu bebas dari diselimuti kemurungan itu.

Walau semalam wajah gelap berlumpur, ditiup angin keresahan, dibuai keraguan, hari ini aku mahu terus bangkit dan menentang segala rasa terkilan. Apa bahagia tiada sedikit ruang untuk aku bertamu? Aku teringin benar mahu menyelinap ke rona kecil kegembiraan itu.

Malam sering bawa aku terbang, melihat pancaindera luar biasa. Aku asyik dibuai hilai tawa bidadari walau hakikatnya aku tahu ia tidak selama mana. Aku mahu realiti seindah anganan ku, bidadari menemani aku, terus membelai aku.

Salahkah aku ingin meminjam senyummu? Salahkah aku menagih dan menghulur harapan padamu? Salahkah aku mencuri secubit kegembiraanmu? Salahkah aku untuk semua itu?

Lama benar aku dikurung rasa kesedihan itu, hingga pungguk benci melihat wajahku. Bulan yang menjadi bintang hati pungguk, beralih arah menemani kepiluan ku. Maaf pungguk, aku tak bisa beralih dari mengharap kasih bulan itu. Salahkah kita pungguk?

Aku mahu terus bangun dan kuat bersama semangatmu, seperti yang telah kau pinjamkan padaku sejak dari hari pertama lagi. Aku mahu terus bernafas dalam setiap bait-bait doa yang kau utus. Aku mahu berbantalkan kasihmu, sama seperti yang kau kongsikan pada ku sejak hari itu.

Kasih ini hanya satu, aku tak mahu dua atau tiga. Meniti hari untuk melihat dan membahagiakan mu. Maaf jika aku resah, aku tak rela hadapi kepahitan ini. Mari genggami tangan ku, bawaku tersenyum dan nyahkan derita kisah lalu. Aku hanya mahu mendampingimu.

Jika kau bisa lihat di sudut sulit hatiku, pasti tidak kau percaya kejujuran dan keikhlasan ku. Moga Allah SWT merawat luka-luka kita dan mencampakkan sinar gemilang dalam perjalanan kita menuju kehidupan hakiki di sana.

Posted by Natisha Z. at 8:48 PM 0 comments  

Apa Adanya Pada Cinta



Semakin jauh perlayaran kasih semakin banyak dugaan yang harus ditempuh. Membina sebuah jambatan kasih menuju ke istana bahagia membuatkan hati berbalam-balam. Ada masanya goyah ada ketikanya gemuruh namun yang pasti segalanya harus ditempuh tenang.

Apakah makna sebuah percintaan? Subjektif untuk dirungkaikan. Segala kitab ditelaah, bertapa bertahun di gunung ledang, pasti tidak ketemu jawapan sebenar dalam mentafsirkan pemahaman cinta. Biar janji setia dipadu, angan-angan dan doa dikumpulkan menjadi istana yang tiang serinya haruslah berpaksi pada kejujuran.

Saat ini, hati berbisu. Seandainya melahirkan kata-kata, pasti ia menjadi tanda tanya pada setiap pasang mata yang meratah bait bahasa. Ke mana arah tuju bila hati dihumban rasa pilu? Sejadah terbentang untuk bersujud, tangan menadah ke langit memohon pada Yang Esa.

Aku buntu, bukan takut, aku sebu bukan jemu mencaturkan perjalanan yang tersirat di balik sana. Aku akur, bukan semput tapi aku pilu pada cabaran yang dihamparkan. Kekuatan hati dan batin harus menjadi akar tunjang supaya tidak rapuh dan runtuh benteng ceritera.

Kejujuran lahir dari sebuah rasa kasih. Itu kunci utama mencapai puncak bahagia. Jika hilang kunci itu maka berderailah segala kota tahanan cinta. Aku hanya mampu bersujud memohon restu dan ketenangan dariNya. Biar doa ku melepasi langit ke tujuh.

Amin...




Posted by Natisha Z. at 9:02 AM 0 comments  

Bidadari Sepi Bermonolog

Sunday, May 2, 2010

Langkah jemari semakin terbantut, deraian airmata mengganas di pipi. Hati terus dihambat rasa gelisah pilu, mencari maksud bicara lantang yang ku lafazkan. Benar, sukar aku tafsirkan! Bukan mudah menggapai bintang berkelip di langit. Jika mudah tangan ini mencapai, hilanglah erti sinaran bintang pujangga.

Lembaran semalamku bukan untuk mendabik dada apatah lagi sebuah coretan bahagia. Aku kuburkan sejarah lalu, wajahnya tampak ngeri dan nyeri. Usah bimbang, tidak akan aku rosakkan lembaran ku hari ini dengan calit warna hitam. Bila ku renung sedalam makrifat, persoalan merogol minda. Apakah aku bisa memimpin bahagia? Atau aku dikejar lamunan semata?

Menjengah kembali semalam yang baru, kebahagiaan itu bisa selimuti segala pilu. Kehadiran jejaka berhati mulia satu harapan baru. Mahu saja aku teriakkan agar bisa menguntai pasir pantai yang jernih dan putih, itulah gelora hati yang kurasa. Senyummu satu gambaran terindah, dasar keikhlasan mu yang memacu angganan duniaku.

Tapi...kadang-kala gusar menyelit di kala segala warna indah mencorak lukisannya. Segumpal ketakutan menyesakkan dada, sehimpun kesedihan meledakkan jiwa. Sesepi ini aku rasakan, aku hanya mahu bermonolog sendiri. Melihat esok dengan suci nurani, tak mahu angan angan ku gering. Aku mencerminkan diri, layakkah aku membancuh bahagia dalam kesempurnaannya?

Tatkala kini, langit biru mewarnai, pelangi ligat menari. Aku mahu sendiri mencari diri yang mati. Bahagia yang aku cari...apa adakah jaminan setia kekal abadi?

Posted by Natisha Z. at 4:48 PM 0 comments  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License