skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Natisha Z.
Seorang penyelidik yang sering kali terkandas dalam agenda penyelidikan dan perjuangan peribadinya. Aku bukan sesiapa di dunia ini tanpa keteguhan iman, keluarga, Mr. Cinta dan teman sejati
View my complete profile

Those With Me

Me on Track

  • ▼ 2011 (3)
    • ▼ August (1)
      • Hati Yang Hancur
    • ► July (2)
  • ► 2010 (50)
    • ► December (5)
    • ► November (2)
    • ► September (1)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (3)
    • ► March (8)
    • ► February (11)
    • ► January (9)

Me & My Other Half

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers

KeRaNa KaU, DiA dAn MeReKa...

PERJALANAN CERITERA KU BERMULA DENGAN MEREKA, KEJATUHAN KU KERANA DIA, NAMUN AKU BANGUN SEMULA DARI KELUMPUHAN SEMALAM KERANA KAU

Salam Maal Hijrah>>>Seribu Pengharapan Sejuta Rahmat

Tuesday, December 7, 2010



Selangkah lagi kita menapak
Selangkah lagi menuju ke hadapan
Aku, kau dan kita semua

Semalam usah lagi kau toleh
Cukuplah sekadar menjeling
Melihatlah bukan mengenang
Catatan baru yang harus kau ambil
Sejarah lalu biarkan menjadi pengajaran

Pandanglah pada burung yang berterbangan
Pada dia kau taruh harapan
Agar bawa doamu ke langit teratas
Moga ada setitis rahmat

Senyumlah pada pepohon rendang
Jangan hanya tahu menghayun penebas
Padanya kau berlindung
Dari hujan ribut terik panas

Berenanglah bersama si duyung
Bersamanya dibawa sejuta hikmah
Dasar lemas penuh kehidupan
Tanpa mereka lenyaplah penghidupan

Hari ini hari baru
Allah masih beri peluang untukmu
Tanam azam tanam impian
Diiring doa penuh restu
Jangan kau berlengah lagi
Esok mungkin hari akhirnya
Nafas tidak lagi seiring nadi berdenyut
Usah terlewat walau sesaat
Kita tetap terus bersedia

Salam Maal Hijrah untuk semua
Antara kau, aku dan dia tiada beza
Aku bermohon untuk kita semua
Agar 1432 bawa ceria
Seribu pengharapan sejuta rahmat


Posted by Natisha Z. at 9:13 AM 0 comments  

Kisah Kasih Kekasih

Monday, December 6, 2010


Alhamdulillah, atas doa kedua ibu dan keluarga ku dan Mr Cinta, kami melangkaui setapak kehadapan lagi. Status "tunang orang" bukan menyekat dan menghalang aktiviti kami, malah ia lebih bermakna kerana hubungan kekeluargaan antara 2 famili kini lebih akrab.

Ada yang mengusik bertanya jika aku sudah bersedia meninggalkan alam remaja atau bujang? Adakah aku sudah mengenali hati budinya untuk dijadikan pasangan hidup hingga ke akhir hayat?

Aku tidak pernah membidas sebarang pertanyaan malah aku juga tidak mahu menjawab sebarang persoalan yang berlegar-legar. Seringnya aku menadah tangan pada Ilahi, restu mama dan mak menjadi benteng perhubungan ini. Aku lebih tenang menganggap segalanya ini telah pun tertulis dalam kitab hidup aku dan Mr Cinta.

Mengenali Mr Cinta dua tahun yang lalu secara tidak sengaja telah menghidupkan bibit rasa kasih dan sayang yang menjadikan kami berdua yakin inilah takdirnya. Sebagaimana aku mahukan Mr Cinta menerima aku sedanya begitu juga aku yang menerima setiap kelemahan dan kelebihan dirinya.

Telah banyak kami lalui bersama. "Distance relationship" telah banyak mengajar kami lebih menghargai dan dihargai, mempercayai dan dipercayai, menyayangi dan disayangi. Sedar atau tidak kami sering gunakan pendekatan "agree to disagree", belajar untuk menerima tetapi tidak mengambil apa-apa dari bait pandangannya jika ia bercanggah dengan pendirian kita.

Atas dasar itu, kami percaya keredhaan dan keberkatan Allah diatas perhubungan kami akan hadir pabila kedua bonda tercinta merestui niat suci kami.

Kami hanya ingin terus dilamun cinta biar 1000 tahun lagi menjelma kerana inilah takdir aku dan Mr Cinta. Mudah-mudahan.......Amin















Posted by Natisha Z. at 8:06 PM 2 comments  

Mr Cinta a.k.a "abg perwira"

Monday, November 22, 2010



***********************************************************************
~Dugaannya~
Oleh: Hujan
Bapanya mahukannya jadi seorang askar,
Bukan cita-citanya,
Bukan impiannya.

Dia terlalu muda tuk tinggalkan keluarga,
Bila tiba masanya,
Pilu mula terasa.

Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?

Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.

Beginikah selalunya cinta,
Diakhiri sengsara,
Setelah dicurahkan semua.

Cuba ku dalami,
Sampai termimpi mimpi,
Namun apa yang ku jumpa,
Semuanya sama.

Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?

Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.

Ini semua dugaan Nya






p/s : Very special entry for my Mr Cinta...i know u r tough b..all the best!!!

Posted by Natisha Z. at 11:37 AM 0 comments  

Buku Lama Lebaran 365>>>18 November 2010


Setahun berlalu
Aku melangkah ke alam baru
Usia menginjak bertambah satu
Aku mahu ucapakan Selamat Hari Lahir kembali buat aku

Harapan masih terus menjadi harapan
Impian terus mendaki tinggi walau kaki berpijak di bumi

Pada yang menerima, ketabahanmu mercu semangatku
Pada yang menafikan, patutnya aku harus mencari lebih ruang redha

Aku mahu ucapakan SELAMAT buat diriku yang masih bisa bernafas
Manatap bumi Tuhan buat tahun ke-25

Alhamdulillah!

Posted by Natisha Z. at 8:59 AM 0 comments  

"An Apple A Day Keeps The Doctor Away"

Thursday, September 2, 2010

Benarlah setiap ciptaan Allah tidak ada satu pun yang sia-sia. Info ini dari seorang teman yang acapkali diserang ulser mulut. Berkali-kali malah berkilo-kilo bonjela tidak dapat benar-benar menyembuhkan luka ulser mulutnya. Suatu hari, dia mencuba dengan melekapkan sepotong epal di bahagian luka itu setelah terbaca info mengenai epal disebuah majalah. Subhanallah!!! Ulser mulut sembuh dan sehingga kini dia tidak lagi diserang keperitan ulser. Alahamdulillah...khasiat epal amat mujarab jika diamalkan setiap hari. Ingin rasanya dikongsikan dengan teman-teman yang lain akan khasiat epal ini.


SEBIJI EPAL.....



Sebiji epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor. "An Apple A Day Keeps The Doctor Away"

Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.

Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.

Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.

Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.

Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.

Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.

Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian. - utusan


Posted by Natisha Z. at 8:51 AM 0 comments  

Tibanya Hari Itu ---Ramadhan

Tuesday, August 10, 2010




Akan tiba hari itu
Pabila Tuhan ajukan pada kita
Di mana kita berdiri
Apa amalan kita
Sejauh mana kesetiaan cinta

Akan tiba hari itu
Tuhan melimpahkan rezeki mencurah-curah
Namun seharian bisa habis segalanya
Tatkala diri dibuai hasutan nafsu

Akan tiba hari itu
Tuhan mengarah kita menjunjung titahnya
Sesukar manapun itu tetap WAJIB
Tiada kompromi
Tiada dolak dalih
Tiada putar belit
Bagi yang mampu dan layak

Kini tiba hari itu
Hari kau dan aku menagih keredhaan
Hari antara cinta dan pengorbanan
Hari menguji kesetiaan
Hari pintu langit terbentang
Hari ahli kubur bangkit
Hari penuh keampunan
Hari penuh keberkatan

Ramadhan kini kembali
Ketibaan yang amat dirindui
Ditakuti para syaitan
Bagi yang hanyut mencari
Pulanglah kembali
Mohonlah dibuka pintu hati
Menerima hidayah Ilahi

Malam Mu Ya Ramadhan
Penuh dengan amalan keberkatan
30 hari bersama mengabdi diri
Mengharap kasih sayang Ilahi

Ya Allah Tuhan Yang Agung
Sekali lagi Ramadhan aku kecapi
Usahlah kau cabut nyawaku
Selagi aku belum puas bertafakur mencari redhaMu

Akan bertemukah lagi Ramadhan akan datang?
Hanya padaMu aku bermohon
Lindungi aku dan insan-insan yang ku sayangi dalam rahmatMu




Posted by Natisha Z. at 3:41 PM 0 comments  

Ucapan Ini Buat Kamu ---Mr Cinta

Saturday, August 7, 2010


Setiap kali wajah itu aku renung
Semakin lama semakin kuat getarannya
Jantung terus berdebar
Hati terus menguntum

Alis mata itu berikan aku sinar
Senyum itu pembuluh semangatku
Genggam erat jemarinya tempat pautanku
Semakin kuat kugengam semakin dapat kurasakan
Hidup ini bagai disirami bunga-bunga mekar

Kadang kala dia buatku tertawa
Berdekah-dekah
Hingga aku dikata lupa diri

Adakalanya dia buatku tersenyum kecil
Malu dan tunduk dengan jenakanya
Seketikanya pula dia mencarik amarahku
Walau tidak mara seperti api menjulang
Namun terkesima hingga ada basah di pipi

Inilah resam kita bercinta
Ada pasang surutnya
Semoga impian kita melayari bahtera rumahtangga
Di makbul Tuhan Yang Maha Esa

Wahai Mr Cinta,
Sempena Ulang Tahun kita yang kali keduanya
Cinta tak pernah kusam walau hujan panas melanda
Kasih yang kita semai semakin tiba ke destinasinya

Sesaat tidak menatap wajahmu
Seribu tahun aku dihambat kegelapan
Seminit tidak kudengar suaramu
Sejuta tahun aku dihambat ketakutan
Aku tak mahu sendiri
Kerna kau ibarat nadiku yang berdetik

Semoga Allah memanjangkan usia kita
Melanjutkan usia perhubungan kita
Mengkabulkan doa kita
Merahmati kita
Hingga ke akhir nafas kita bersama



SALAM SAYANG PENUH RASA CINTA
DI ULANGTAHUN KITA YANG KE-2



Posted by Natisha Z. at 2:38 PM 0 comments  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License