skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Natisha Z.
Seorang penyelidik yang sering kali terkandas dalam agenda penyelidikan dan perjuangan peribadinya. Aku bukan sesiapa di dunia ini tanpa keteguhan iman, keluarga, Mr. Cinta dan teman sejati
View my complete profile

Those With Me

Me on Track

  • ▼ 2011 (3)
    • ▼ August (1)
      • Hati Yang Hancur
    • ► July (2)
  • ► 2010 (50)
    • ► December (5)
    • ► November (2)
    • ► September (1)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (3)
    • ► March (8)
    • ► February (11)
    • ► January (9)

Me & My Other Half

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers

KeRaNa KaU, DiA dAn MeReKa...

PERJALANAN CERITERA KU BERMULA DENGAN MEREKA, KEJATUHAN KU KERANA DIA, NAMUN AKU BANGUN SEMULA DARI KELUMPUHAN SEMALAM KERANA KAU

Mungkinkah Terindah Itu Milikku

Friday, January 29, 2010





Kau ibarat bulan untuk ku bercerita
Kau ibarat bintang untuk ku berjenaka
Kau ibarat matahari untuk ku luahkan rasa suka duka
Pada kau semuanya ku bicara
Tentang gusar hati yang lara
Tentang bisu bicara yang gelora

Namun cinta tak semesti bersatu
Cinta lahir atas restu
Ayahanda dan bonda bukanlah penentu
Yang Maha Esa pencatur segala urusan kau dan aku

Magasihimu tak pernah ku sesalkan
Kau titip indahnya kenangan
Bersamanya aku layari kehidupan
Kerana senyumanmu satu kebahagiaan

Ditakdirkan aku syukur selalu
Sesungguhnya aku tahu
Suatu hari nanti akan aku bertemu
Penawar duka pengubat luka
Dan kepadanya akan ku suarakan rindu ku


"Pun tak pernah ku sesalkan
Kecewa datang dan pergi
Tinggalku sendiri

Ditakdirkan aku syukur selalu
Sesungguhnya aku tahu
Temanku hanyalah aku"


Posted by Natisha Z. at 4:51 PM 0 comments  

Sendiri Itu Bererti

Thursday, January 28, 2010



Pada ketika kita bersendirian
Itu mungkin membawa seribu pengertian
Akal ligat mencari kesilapan
Biarpun hati menanggung sesalan

Ada baiknya bersendiri dari terus menelan
Memang aku mahu fahami kebuntuan
Tetapi kau tegar dengan kecurangan
Membuatkan aku pasrah dalam kegelapan

Hatiku ini bukan hanya untuk dimiliki
Tapi perlu dibelai dan disayangi
Apakah erti ungkapan sayang olehmu selama ini
Apakah ia sekadar janji yang tidak bisa dipatri

Mudahnya kau berpaling dari ku
Di saat itu aku lemah dan kaku
Aku hilang separuh jiwaku
Setelah sekian lama ku serah untukmu

"kau bilang tak pernah bahagia
selama dengan aku
itu ucap bibirmu
kau dustakan semua
yang kita bina
kau hancurkan semua
benar ku mencintaimu
tapi tak begini
kau khianati hati ini
kau curangi aku"

Posted by Natisha Z. at 5:02 PM 0 comments  

Tiada Yang Percuma

Tuesday, January 26, 2010


Waktu ini aku merasakan diriku cukup lemah dalam menghadapi kehidupan material. Memang benarlah kata orang semuanya berbayar. Tak terpikul rasanya tanggungjawab seberat itu di kala ini. Berapa lama lagi aku mahu bergantung harap pada orang lain?
Aku perlu berlari walaupun pada saat ini aku masih lagi anak kecil yang sedang belajar bertatih.

Kini aku sedar bebanan yang ditanggung orang tua ku. Itu perlukan wang, ini pula tidak percuma. Semuanya bermain ligat di benak tatkala hujung bulan tiba. Sebelum ini aku hanya tahu meminta tetapi kini aku mengenal erti memberi.

Telah ku susun satu persatu, bila ku selak makin banyak yang perlu dibereskan. Apakah ini lumrah mereka yang bergaji, atau permulaan tahun 2010 yang mahu mengajar aku sesuatu tentang menghargai sesuap rezeki.

Mahu atau tidak kaki yang berat harus terus melangkah. Tangan ini yang sudah melimpah menerima perlu diajar memberi dari kocek sendiri. Meskipun pada hakikatnya nafsu ku masih belum muak untuk terus mendapat bantuan dan simpati.

Aku bernekad. Aku berazam membelanjakan apa yang sepatutnya. Memikul segala tanggungjawab yang tergalas sebaiknya. Dunia sememangnya bukan percuma, itu dan ini menuntut bayarannya. Walaupun begitu aku mahu lebih tawakal pada rezeki yang diterima. Moga-moga aku bukan tergolong dalam mereka yang kufur.

Mudah-mudahan Allah mendengar rintihan dan doa. Semakin hampir hujung dunia semakin kecut aku akan dosa-dosa kecil yang tak terlintas di minda.

Posted by Natisha Z. at 4:42 PM 0 comments  

Pembuli Jalanan

Wednesday, January 20, 2010


Buat mereka yang tidak mengerti
Hidup ini bukan hanya membuta tuli
Engkau fikir engkau siapa
Semua kita tiada beza
Hidup pun menumpang di bumi Yang Maha Esa

Emosi ku lantas di rasuk parah
Melihatkan engkau mengaku gagah
Tatkala dapat merampas sebuah parkir
Namun aku hanya mampu menyerah
Kerana ku punya akal ligat berfikir

Pada saat ini ternyata engkau dan aku punya banyak beza
Bagai kecil bumi dan luasnya alam semesta
Aku melepaskan bukan tanda ku kalah
Tetapi sekadar mahu membuka mata engkau pada yang salah

Namun aku pelik
Kenapa mesti begitu wahai insan cerdik?
Engkau punya ilmu sepenuh dada
Tapi lagak engkau tak ubah bagai serigala menerkam mangsa

Jangan fikir kau bisa peroleh kemenangan
Hanya kerana status engkau pembuli jalanan
Ingatkan diri tentang makna kehidupan
Bukan sentiasa merasai kesenangan
Tiba masa engakau turut di rundung keperitan

Hidup ini sebuah karma
Jangan kerana lagak yang sama
Orang lain pula yang menjadi mangsa
Aku juga bukan lah sempurna
Yang ku titip ini peringatan untuk diriku jua
Jangan tegar memegang status yang serupa





Posted by Natisha Z. at 12:31 PM 0 comments  

Bila lapar...

Bila lapar...
Perut mula nyanyian keroncongnya
Kalau tidak diisi makin kuat pekikan
Bertambah bingit pendengaran

Bila lapar....
Apa yang terbayangkan?
Tentulah hidangan yang penuh keenakan
Sebagai bermulanya agenda santapan

Bila lapar....
Pernahkah terfikir pada saudara yang dalam kesempitan
Usahkan menikmati hidangan
Nak membayangkan pun tak berkesempatan
Aduh!!!...peritnya perasaan

Bila lapar...
Mama ajarku santap penuh hemah
Jangan sesekali jadikan membazir itu bernanah
Dalam diri berpaksikan syukur
Agar tak jadi hamba yang kufur

Bila lapar...
Suapi diri dengan ucap "Bismillah"
Sudahi nya pula dengan kata " Alhamdullilah"
Semoga rezeki ini penuh barakah
Hidupku lantas lebih mewah

Benarlah kata orang perut kenyang, hati senang
*Buat insan bergelar isteri, ibu, pengusaha makanan, tukang masak dan chef... Dalam hidup ini kalian telah menyenangkan hati jutaan insan...Terima kasih kuucapkan!


Posted by Natisha Z. at 9:44 AM 1 comments  

Teman biasa vs. Teman istimewa....Kenangan vs. Masa hadapan

Monday, January 18, 2010

Siapa teman biasa?
Mereka sekadar sehari dua berkongsi cerita
Bgaimana pula teman istimewa?
Yang selalu ada bersama
Itu dan ini semua dicerita

Dia siapa?
Kau pula siapa?

Memang benar kau pernah jadi yang istimewa
Tapi kau sudah pergi tanpa berita
Dia pula yang datang menjelma
Menghulur salam sebagai tanda mulanya bicara

Dia saat dia sangat dekat
Hati lantas jadi takut
Segala tingkah langsung menjadi kalut

Apa sebenarnya yang dirasa?
Ini realiti atau hanya igauan semata

Dia punya segala yang dipinta
Punya rupa, personaliti dan harta
Semuanya yang ada sememangnya cukup sempurna
Ke mana dan di mana pun, dia tetap ada bersama
Cukup serasi cukup selesa

Orang sering berkata semakin dekat si dia dengan kita
Semakin indah dirasa
Namun yang dialami ternyata disebaliknya
Semakin dekat dia datang
Semakin jauh pula kau di rasa menghilang

Kenapa hati ini ampuh dan tak dapat terima?
Masih tegar terikat pada yang lama
Teman tiba untuk menghulurkan kesedaran
Kata teman jangan jadi hamba kenangan
Tapi jadi wira di masa depan
Jangan hidup atas kenangan
Buka hati untuk masa depan

*p/s: nukilan entri ini buat teman baik ku

Posted by Natisha Z. at 10:35 PM 0 comments  

Kau Yang Punya

Sunday, January 17, 2010

"Jangan kau bimbang sayang..
Dimana ku berada
Dengan siapa ku bersama ...
Jangan bimbang ku tetap
Kau yang punya"

Bait-bait lagu Malique ini membuatkan ku berfikir
Sebuah hubungan cinta perlukan kejujuran
Perlukan keikhlasan
Perlukan pengorbanan
Sama yang Mr Cinta pernah ungkapkan di awal perhubungan

Ah..pengorbanan!
Memang mudah kata itu diungkapkan tapi sukar dilaksnakan
Di awalnya semuanya indah belaka
Semakin hari semakin banyak yang sering nak dipersoalkan
Hubungan tulus tak perlu persoalan sedemikian
Tak kisah la sapa yang lebih banyak berkorban

Aku sangat kagum dengan Mr. Cinta
Tak pernah dia bersungut kalau dia yang perlu banyak mengalah denganku
Seharian penat segala tenaga dikerah masih mampu senyum padaku
Tapi aku, bila dah penat seharian menunggu Mr Cinta
Aku sudah mula nak
protes
Kataku..."b faham abang"
Tapi kenapa aku masih mengeluh

Aku tidak faham atau aku cemburu sebenarnya?
Aku lihat orang lain mudah saja bertemu dengan si dia mereka
Setiap hari telefon melekap di telinga
Setiap hari mata hanya memandang si dia
Tak perlu berjauhan sehinggakan belum sempat merasakan kerinduan
Kekadang terfikir juga, kenapa mereka tak perlu berkorban?

Peduli apa tentang mereka semua
Kita dah semuanya bersama
Dah susah pun bersama
Dah senang pun bersama
Kita menangis bersama
Kita ketawa pun bersama
Aku berharap sehingga ke ahirnya pun kita tetap bersama

Di sebalik rasa kejauhan itu...
Mr Cinta ajar aku kenal rasa kerinduan
Mr Cinta ajar aku erti pengorbanan
Mr Cinta ajar aku apa itu kejujuran dan keikhlasan
Sehingga aku and Mr Cinta tahu menghargai perasaan
Ke mana pun aku pergi...aku tahu aku KAU YANG PUNYA
Dan ke mana pun Mr Cinta pergi..dia tahu yang dia AKU YANG PUNYA

Dan jika Mr Cinta mahu tahu
Aku menjadi alpa melihat senyumannya
Aku menjadi kalut menatap wajahnya
Walau kemana aku pergi
Dan di mana pun aku berada
Yang aku ada cumalah Mr. Cinta






Posted by Natisha Z. at 9:44 AM 0 comments  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License