skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Natisha Z.
Seorang penyelidik yang sering kali terkandas dalam agenda penyelidikan dan perjuangan peribadinya. Aku bukan sesiapa di dunia ini tanpa keteguhan iman, keluarga, Mr. Cinta dan teman sejati
View my complete profile

Those With Me

Me on Track

  • ▼ 2011 (3)
    • ▼ August (1)
      • Hati Yang Hancur
    • ► July (2)
  • ► 2010 (50)
    • ► December (5)
    • ► November (2)
    • ► September (1)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (3)
    • ► March (8)
    • ► February (11)
    • ► January (9)

Me & My Other Half

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers

KeRaNa KaU, DiA dAn MeReKa...

PERJALANAN CERITERA KU BERMULA DENGAN MEREKA, KEJATUHAN KU KERANA DIA, NAMUN AKU BANGUN SEMULA DARI KELUMPUHAN SEMALAM KERANA KAU

Doa Untuk Kekasih --- Dijodohkan di Syurga

Wednesday, June 16, 2010


~Doa Untuk Kekasih~



Ya Allah...Jika hambaMu bercinta, cintakanlah hamba pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu

Ya Allah... Jika hambaMu jatuh hati, izinkanlah daku menyentuh hati seorang insan yang hatinya bertaut padaMu, agar tidak terjatuh diriku dalam jurang cinta NAFSU


Ya Allah... Jika hambaMu merindu, rindukanlah daku pada seseorang yang merindui S
yahid di jalanMu

Ya Allah...Jika hambaMu menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu mengatasi kenikmatan bermunajat sepertiga malam terakhirMu...






Dalam kesibukan aku masih sempat membelek buku "La Tahzan" sebagai mengisi ruang waktu yang menyesakkan. Aku terharu pabila terbaca salah sebuah nukilan cerita yang termuat dalam buku ini. Alangkah aku mahu menjadi seperti wanita itu! Subhanallah...Ingin rasanya aku kongsikan ceita ini dengan teman-teman betapa besarnya maksud CINTA itu. Semoga cerita ini menjadi pendorong buat kita wahai teman -temanku tersayang....

***********************************************************


Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa semenjak melihat pemuda itu. Si Pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.


Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”


Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya cinta aku pada Allah melebihi cinta aku kepada kedua ibu bapaku! bahkan aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”


Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, ‘Selamanya aku belum pernah menemui seorang lelaki yang teramat mencintai Allah, yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan lelaki adalah munafik (hipokrit).”

Setelah berkata demikian, gadis itu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu dia tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.

Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu hari, Pemuda itu bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”


Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:

Kasih...
Cinta yang terindah adalah mencintaimu,
Sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
Burung syurga menjauh
Dan malaikat menutup pintu.

Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”


Kekasihnya menjawab dengan menuntunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
Dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
Berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
Yang tidak mungkin binasa
Yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih


Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”
“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu.


Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”
“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari, “jawab kekasihnya.


Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga. Amiin...





Posted by Natisha Z. at 3:51 PM 0 comments  

Santapan Nurani Penenang Sanubari

Monday, June 14, 2010

Posted by Natisha Z. at 8:51 PM 0 comments  

Aku Masih Disini

Detik membilang saat, waktu membilang hari, hampir sepurnama berlalu aku sepi tanpa jari jemari ligat menari di papan kekunci menitip pertemuan di alam maya. Sehari kini ibarat sesaat, kian suntuk mengejar waktu untuk melandaikan diri dalam suasana seperti dahulu kala.

Terlalu banyak yang telah ku lalui dalam tempoh sepurnama ini. Dari kerja-kerja meng"research", keluarga hinggalah kepada kehidupan peribadi. Terlalu banyak dan terbeban kiranya kerja meng"research". Lepas satu, satu lagi tidak putus-putus, tak henti-henti. Namun airmata sering menjadi peneman akhir-akhir ini pabila diri ini dihujani kepetahan tutur kata manusia. Belum pun lulus ujian yang satu itu, telah Allah berikan ujian berikutnya. Subhanallah!!!

Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku pasti terselindung hikmah disebaliknya. Hari yang bersilih ganti, waktu tidak menunggu ku untuk meratapi segala yang membelenggu sebaliknya kini azam dan semangat baru ku tanam sedalam azali. Tidak putus doa ku pohon agar segalanya kembali seperti sedia kala tanpa ada ragu di jiwa. Tapi apakan daya, aku hanya hamba yang hina memohon sekadar satu dugaan bukan satu kepastian.

Biarlah kiranya kepiluan semalam berlalu dan dibuang jauh dari sudut pilu hati ini. Kehadiran semangat baru ciptaan Ilahi ini yang kini aku benar mendakap sanubari ku menjadi tunjang kekuatan ku kini. Hanya mereka yang ingin terus melayari denganku aku biarkan mereka menumpang bahtera kehidupan ku, aku sudah tidak perlu mereka yang lain yang hanya menjanjikan impian palsu.

Aku perlu semakin matang dalam menilai segala tindakan. Apa yang terjadi kepada keluarga ku satu pembelajaran terbaik untuk aku. Jangan mudah melatah, renungi dan bermuhasabah diri akan mendidik kematangan aku. Jangan nanti status "cik" berubah menjadi "puan", diri masih terbelenggu sifat keanak-anakan. Sebelum diri bisa mendidik anak, diri itu biarlah terdidik dahulu. Jika mahukan anak yang bijak, maka jadi lah ibu atau bapa yang bijak terlebih dulu.

Updates tentang Mr. Cinta!Tabahkan hati mu wahai perwiraku...Final exercise sangat menguji kekuatan mental, fizikal, rohani dan jasmani. Aku hanya bisa mengutus doa buatmu sayang. Tatkala aku dijamu ceritera Mr Cinta, lantas diri menjadi insaf. Ya Tuhan...kecil sungguh ujian ku, rupa-rupanya Kau menguji yang lebih hebat buat teman hatiku. Hanya satu yang ku harapkan agar kami sama-sama dapat menempuh dugaan maha hebat ini. Insyallah!

Insyallah...agar hanya yang terindah dan lebih baik akan kami lalui mulai dari saat ini. Doa dua bonda tersayang yang menjadi sumber kekuatan buat Mr. & Mrs. Cinta.

Posted by Natisha Z. at 4:20 PM 0 comments  

Cinta Bukan Sekadar NAFSU

Thursday, May 20, 2010

Setiap kali pabila berbicara tentang hati, ia membuatkan garis-garis jiwa melukiskan pelbagai raut gambaran dalam sanubari ini. Dari sebelum hati ini dimiliki sehingga hari ini aku mencari apa makna sebenar kasih dan cinta yang insani agungkan. Binggung seketika aku tatkala memikirkan mengapa insani leka bila dihanyun buaian cinta, sedangkan akarnya takkan pernah kukuh jika tidak dibajai dengan doa dan restu Ilahi, satu-satunya cinta yang agung dan tulus.

Kehangatan drama 'Adamaya' yang ditayang di TV3 masih terasa, tetapi berapa ramai yang mendapat makna erti cinta dan pengorbanan daripada kisah yang kita tonton saban hari. Bibit-bibit kasih yang dilangsungkan dari hati yang tulus dan ikhlas tidak pernah terasa mual untuk kita saksikan. Namun, kekecundangan cinta kepada angin nafsu menyentapkan perasaan pabila karektor ini gigambarkan oleh Dani. Manusia sering tewas pada cinta, bukan kerana salah cinta tapi kerana manusia tunduk pada taufan nafsu.

Apabila cinta tak dapat dimiliki, kita dihimpit perasaan amarah. Tatakala cinta yang disemai tidak lagi berkembang dan layu, kita mula memusuhi. Sedang yang merangka segala percaturan ini adalah Tuhan Yang Esa, lantas manusia tidak mahu akur pada ketentuaanNya.

'Adamaya' hanya epik disebalik lakon layar, sedang dalam realiti cinta kecundang dan curang berlegar-legar disekeliling kita. 'Adamaya' hanya memberi peluang pada kita menhayun ke atas, ke bawah, kanan dan kiri mengikut susunan babak untuk kita mengambil ikhtibar kerunsingan epilog cinta. Cinta bukan sekadar ungkapan lidah tak bertulang namun hati engkar menzahirkannya.

Cinta sering dibawa hingga mati tapi kita lupa yang menghidupkan api cinta bukanlah ajaib semata, ia hadir bersama doa restu dari Allah Yang Esa. Kekuatan cinta bukan sekadar material dan ungkapan sayang semata. Kita kabur dan gelap pabila dilayangkan permaidani cinta.

Cinta hadir apabila kita mencarinya dari ungkapan indah dan restu dari Ilahi. Hanya yang terpilih itulah yang akan menjadi jodohnya bukan kita yang memilih dan menentukannya. Tatkala Allah mencampakkan benih cinta tanpa kita sedari bak sungai mengalir tenang di taman-taman syurga. Benih cinta yang tersemai akan subur dengan doa yang tak pernah henti-henti pada Ilahi.

Cinta kita biar kekal sepenuhnya namun tidak dapat menandingi cinta abadi kepada Yang Esa. Semoga segala yang berlaku di hadapan mata kita atau pada diri kita sendiri akan menjadi pengajaran dan peringatan yang baik untuk dibawa bersama dan singkirkanlah segala amarah dan kekecewaan yang hanya membawa girangnya hati SYAITAN.

Insyallah...semoga cinta yang kita semai akan terus subur dijauhkan dari tipu daya dan nafsu serakah sang Iblis.


Posted by Natisha Z. at 9:03 AM 0 comments  

Corat coret bercuti

Monday, May 17, 2010



Sebenarnya terlalu banyak yang ingin dikongsikan sejak kebelakangan ini. Saban hari ada seribu satu cerita yang menarik untuk dijadikan bahan pengajaran dan teladan untuk kita semua. Dari kisah sesak sengak di pejabat, persekitaran, malah diri sendiri.

Ingin aku kongsikan kisah percutian ke Langkawi yang merangkap pengalaman perjalanan paling agresif. Lelah jiwa pabila diingatkan kembali berada dan kembali ke tanah besar Perlis dalam masa kurang 8 jam. Terima kasih teristimewa buat Mr Cinta yang sanggup menunaikan hasrat dan keinginan ku.

Jom, saksikan sedikit sebanyak rakaman gambar yang sempat kami rakamkan ketika bercuti di bumi Lankawi.

"Sayang, permata itu ada dalam dirimu,
sinarannya itu menyelubu
ngi hari-hariku,
Pohon ampun dan maaf andainya sebutir kataku menguris jiwamu,
cinta ini tak pernah puas u
ntukmu"














Posted by Natisha Z. at 9:23 PM 0 comments  

Tak Mungkin Aku BERHENTI Mengasihimu

Wednesday, May 12, 2010



Jika bisa aku pecahkan kepompong ketakutan ku, lama sudah aku hempaskannya. Aku tak ingin lagi dibelenggu segala kebimbangan yang melangkaui batas fikiran. Aku ingin berlari ke lautan luas yang ditemani setia pantai sisiran. Aku mahu bebas dari diselimuti kemurungan itu.

Walau semalam wajah gelap berlumpur, ditiup angin keresahan, dibuai keraguan, hari ini aku mahu terus bangkit dan menentang segala rasa terkilan. Apa bahagia tiada sedikit ruang untuk aku bertamu? Aku teringin benar mahu menyelinap ke rona kecil kegembiraan itu.

Malam sering bawa aku terbang, melihat pancaindera luar biasa. Aku asyik dibuai hilai tawa bidadari walau hakikatnya aku tahu ia tidak selama mana. Aku mahu realiti seindah anganan ku, bidadari menemani aku, terus membelai aku.

Salahkah aku ingin meminjam senyummu? Salahkah aku menagih dan menghulur harapan padamu? Salahkah aku mencuri secubit kegembiraanmu? Salahkah aku untuk semua itu?

Lama benar aku dikurung rasa kesedihan itu, hingga pungguk benci melihat wajahku. Bulan yang menjadi bintang hati pungguk, beralih arah menemani kepiluan ku. Maaf pungguk, aku tak bisa beralih dari mengharap kasih bulan itu. Salahkah kita pungguk?

Aku mahu terus bangun dan kuat bersama semangatmu, seperti yang telah kau pinjamkan padaku sejak dari hari pertama lagi. Aku mahu terus bernafas dalam setiap bait-bait doa yang kau utus. Aku mahu berbantalkan kasihmu, sama seperti yang kau kongsikan pada ku sejak hari itu.

Kasih ini hanya satu, aku tak mahu dua atau tiga. Meniti hari untuk melihat dan membahagiakan mu. Maaf jika aku resah, aku tak rela hadapi kepahitan ini. Mari genggami tangan ku, bawaku tersenyum dan nyahkan derita kisah lalu. Aku hanya mahu mendampingimu.

Jika kau bisa lihat di sudut sulit hatiku, pasti tidak kau percaya kejujuran dan keikhlasan ku. Moga Allah SWT merawat luka-luka kita dan mencampakkan sinar gemilang dalam perjalanan kita menuju kehidupan hakiki di sana.

Posted by Natisha Z. at 8:48 PM 0 comments  

Apa Adanya Pada Cinta



Semakin jauh perlayaran kasih semakin banyak dugaan yang harus ditempuh. Membina sebuah jambatan kasih menuju ke istana bahagia membuatkan hati berbalam-balam. Ada masanya goyah ada ketikanya gemuruh namun yang pasti segalanya harus ditempuh tenang.

Apakah makna sebuah percintaan? Subjektif untuk dirungkaikan. Segala kitab ditelaah, bertapa bertahun di gunung ledang, pasti tidak ketemu jawapan sebenar dalam mentafsirkan pemahaman cinta. Biar janji setia dipadu, angan-angan dan doa dikumpulkan menjadi istana yang tiang serinya haruslah berpaksi pada kejujuran.

Saat ini, hati berbisu. Seandainya melahirkan kata-kata, pasti ia menjadi tanda tanya pada setiap pasang mata yang meratah bait bahasa. Ke mana arah tuju bila hati dihumban rasa pilu? Sejadah terbentang untuk bersujud, tangan menadah ke langit memohon pada Yang Esa.

Aku buntu, bukan takut, aku sebu bukan jemu mencaturkan perjalanan yang tersirat di balik sana. Aku akur, bukan semput tapi aku pilu pada cabaran yang dihamparkan. Kekuatan hati dan batin harus menjadi akar tunjang supaya tidak rapuh dan runtuh benteng ceritera.

Kejujuran lahir dari sebuah rasa kasih. Itu kunci utama mencapai puncak bahagia. Jika hilang kunci itu maka berderailah segala kota tahanan cinta. Aku hanya mampu bersujud memohon restu dan ketenangan dariNya. Biar doa ku melepasi langit ke tujuh.

Amin...




Posted by Natisha Z. at 9:02 AM 0 comments  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License