Seumur hidup aku ini yang pertama untuk aku
Aku pertama kali dihina
Aku pertama kali diherdik
Aku pertama kali disoal keturunan
Aku "Kurang Ajar" berkali-kali
Salah aku dimana
Silap aku bila
Aku hanya patuh pada suratan takdir yang Allah tuliskan
Aku sudah membuat perjanjian
Nun dahulu
Sebelum jasad dan roh aku bersatu
Berjanji menerima qada' dan qadar yang telah Allah tetapkan buat aku
Jika benar aku keturanan hina
Siapa pula kamu?
Kau kata aku kurang ajar
Di mana kamu sewaktu kamu perlu mendidik aku?
Aku tak persoalkan
Aku tak mahu tahu
Kerna itu yang Allah tuliskan buat aku
Ya...aku yang kau kata "kurang ajar"
Kerna itu aku masih menghamba pada ilmu
Keturanan yang kau injak-injak maruahnya
Mengajar aku wang dan harta tak bermakna
Ke liang lahad tak dibawanya
Namun hanya satu
Ilmu dan amal itu
Antara kau dan aku itu penentu
Dengarlah wahai insan
Hidup ini perjalanan singkat
Mungkin esok lusa jantung berdengup untuk kali terakhir
Memang benar aku bukan semulia-mulia insan
Tapi aku jua bukan anjing jalanan
Kerna itu yang Allah mahukan
Aku turuti
Hati aku hancur
Tanggungjawab yang tidak kau sempurnakan
Untuk sekali ini pun kau permainkan
Permainan ini kau yang mulakan
Aku akan tetap teruskan
Kerna satu itu aku yakin
Allah akan terus bersamaku
Allahu Akhbar!!!!