skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Natisha Z.
Seorang penyelidik yang sering kali terkandas dalam agenda penyelidikan dan perjuangan peribadinya. Aku bukan sesiapa di dunia ini tanpa keteguhan iman, keluarga, Mr. Cinta dan teman sejati
View my complete profile

Those With Me

Me on Track

  • ► 2011 (3)
    • ► August (1)
    • ► July (2)
  • ▼ 2010 (50)
    • ► December (5)
    • ► November (2)
    • ► September (1)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ▼ April (3)
      • Tuhan Itu Sentiasa Ada Di Setiap Kealpaan
      • Kutitip kata-kata buat NorulHusna Talib (a.k.a una)
      • HaPpY BiRtHdAy AfiQaH hUmAiRaH
    • ► March (8)
    • ► February (11)
    • ► January (9)

Me & My Other Half

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers

KeRaNa KaU, DiA dAn MeReKa...

PERJALANAN CERITERA KU BERMULA DENGAN MEREKA, KEJATUHAN KU KERANA DIA, NAMUN AKU BANGUN SEMULA DARI KELUMPUHAN SEMALAM KERANA KAU

Kutitip kata-kata buat NorulHusna Talib (a.k.a una)

Wednesday, April 7, 2010



Salam Hari Lahir
Salam penuh kasih sayang
Buat adikku yang comel
Buat adikku yang manja
Adikku yang menjadi pujaan keluarga

Salam Hari Ulang Tahun
Usia sudah berganjak setahun lagi
Semalam itu usah dikenangi
Hari ini dan esok yang perlu kau tempuhi
Mencari erti kehidupan
Memungah makna perjalanan

Salam Hari Lahir
Tuhan Yang Maha Penyayang Maha Pengasih
Dengarkan lah secebis doaku
Terimalah bait kata-kata ini buat adikku
Hanya kepada Kau tempat aku merayu

Oh Tuhanku,
Kau murahkan rezeki adindaku
Kau jauhkan dia dari kebahayaan
Kau peliharalah maruah dan harga dirinya
Kau limpahkan hidayahmu keatasnya
Kau berikan kesihatan dan panjangkan usianya
Kau tutupkanlah mata hatinya dari kemungkaran
Hanya kerana Kau dia masih bisa bernafas
Semoga dia bisa terus tersenyum dan gembira
Moga dia sering menjadi sinar bagi keluarga

Adindaku Una,
Salam Hari Ulang Tahun dan hanya sepotong doa yang bisa ku didahului
Andai mata tertutup dan tubuh kaku
Doaku sering bersamamu
Meniti hari-hari yang penuh warna pelangi, warna hitam dan putih
Salam Hari Lahir
Itulah utusan dari kakandamu

Setahun lagi akan kau hitung dosa pahala
Bertambah ilmu dan ceritera dunia
Tapi pada Yang Esa jangan kau lupa
Pada Yang Esa tempat kau sujud sentiasa
Moga dirimu sentiasa berada dibawah lindunganNya

SALAM HARI LAHIR
SALAM 19 TAHUN





Posted by Natisha Z. at 7:31 AM  

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License