skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Natisha Z.
Seorang penyelidik yang sering kali terkandas dalam agenda penyelidikan dan perjuangan peribadinya. Aku bukan sesiapa di dunia ini tanpa keteguhan iman, keluarga, Mr. Cinta dan teman sejati
View my complete profile

Those With Me

Me on Track

  • ► 2011 (3)
    • ► August (1)
    • ► July (2)
  • ▼ 2010 (50)
    • ► December (5)
    • ► November (2)
    • ► September (1)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ▼ April (3)
      • Tuhan Itu Sentiasa Ada Di Setiap Kealpaan
      • Kutitip kata-kata buat NorulHusna Talib (a.k.a una)
      • HaPpY BiRtHdAy AfiQaH hUmAiRaH
    • ► March (8)
    • ► February (11)
    • ► January (9)

Me & My Other Half

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers

KeRaNa KaU, DiA dAn MeReKa...

PERJALANAN CERITERA KU BERMULA DENGAN MEREKA, KEJATUHAN KU KERANA DIA, NAMUN AKU BANGUN SEMULA DARI KELUMPUHAN SEMALAM KERANA KAU

Tuhan Itu Sentiasa Ada Di Setiap Kealpaan

Friday, April 9, 2010



Semalam itu sebuah sejarah
Berlalu dan tak bisa dikejar kembali
Tak bisa dibetulkan dan diulangi
Pementasan yang jadi kenangan
Biar hitam biar putih
Kita pasti tak terleka dan bisa melupakannya

Sejarah adalah perjalanan semalam
Kata kau ia sukar diertikan
Kata kau ia sukar difahami
Sebenarnya kita yang tidak bersedia
Menerjah sesuatu ketidakpastian
Apa arah tuju kau dan aku

Aku yakin, tersangat yakin
Tuhan itu tidak zalim
Biar tika senang atau susah
Tapi sebenarnya kau dan aku yang alpa
Lupa ucapkan ALHAMDULLILAH
Bibir yang sering terkandas mengucap terima kasih Allah

Namun dunia ini kita tuduhnya kejam
Alam ini kononnya membenci kita
Aku semakin memahami percaturan Tuhan
Aku tidak tegar lagi dilihat seperti orang yang tiada arah
Zahirnya bahagia
Tapi batinnya keluh resah merintih kecewa
Aku mahu diriku sedia dengan kelengkapan hari esok

Nyawa ku dan kau bisa terhenti ketika ini
Jika itu suratan azali Ilahi
Hatta aku mahu berhenti menyesali
Aku yakin Tuhan tegar ada disisiku
Walau ada tikanya aku lupa ucap ALHAMDULILLAH
Walau ada tikanya aku leka dengan kemahsyuran dunia
Walau ada tikanya aku alpa tanggungjawabku
Uji dugaan ini meyentakkan kealpaan
Kerna Tuhan tidak mahu para syaitan terus berdansa disisiku

Aku bersyukur kerana kau yang alpa menyedarkan ku
Dari lena yang panjang
Dari dibuai mimpi indah
Biar dunia aku kosong
Namun aku diberi ruang bersedia untuk pulang ke alam kekal di sana

Kau yang alpa
Jauh sudah kau pergi
Pulanglah pada jalan Ilahi






Posted by Natisha Z. at 7:33 AM  

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License