Suasana ngeri menyelubungi di segenap bumi Haiti
Apa tidaknya, jika gempa bumi berukuran 7.0 skala Richter menghancurkan segalanya
Bangunan yang semalamnya bediri teguh..Hari ini sujud ke bumi
Rumah yang tersergam indah semalam...Hari ini hancur berkecai
Suami, isteri, ibu, bapa, anak dan sedara yang semalamnya masih bernyawa...Hari ini diam seribu bahasa, pulang menghadap PenciptaNya
Aku amat memahami perasaan panik, takut dan bimbang mereka
Kerana apa?
Kerana aku juga pernah merasakannya
Pengalaman pertama merasakan gempa di bumi Jepun memang menyesakkan perasaanku
Takut dan bimbang sehingga tidur pun tak lena
Ukuran gempa yang dirasakan hampir sama
Dalam minggu yang sama berkali-kali bumi Wako yang aku diami itu bergegar
Sehinggakan apa sahaja yang nak dilakukan aku jadi trauma
Takut-takut tak sempat berbuat apa-apa
Sentiasa bersiap sedia, dan jika berlaku yang tidak diingini mahu saja terus pulang ke Malaysia
Bagi orang Jepun semua itu sudah biasa
Bagi aku and teman-teman dari Malaysia yang lain merasakan ini luar biasa
Kalau di Jepun, bangunannya dibina dengan teknologi terkini untuk menahan dari rebah akibat gempa
Semuanya direka dengan begitu teliti sekali
Semuanya ada ukurannya..ada spesifikasinya
Pembuatannya harus mencapai standard kerana bagi mereka nyawa itu sangat berharga
Dan atas alasan itu, meskipun ukuran gempa yang aku rasakan sama seperti yang berlaku di Haiti, bangunannya masih teguh berdiri
Dan aku masih lagi diberi ruang mendiami bumi ini
Syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa
Melihatkan apa yang berlaku di Haiti..
Aku jadi takut...
Aku jadi mahu sentiasa hampir denganNya
Aku sentiasa mahu berada di bawah payung perlindungan dan hidayah Nya
Aku jadi insaf
Ini amaran Tuhan agaknya
Apakah kita semua sedar akan hakikat ini?
Ya, memang benar ini bencana alam
Tapi semuanya tidak berlaku tanpa ada sebab musababnya
Kalau kita tak buat salah takkan bumi nak marah?
Bumi sudah tua, pernahkah kita berfikir tentang itu?
Suasana panik di Haiti sama saja yang berlaku di Padang tak berapa lama dahulu
Malah sama juga keadaannya di bumi lain yabg ditimpa bencana ini
Apakah ini gambaran yang bakal kita lalui apabila Kiamat tiba nanti?
Ini yang membuat aku takut
Aku berdoa padaMu Ya Allah, selamatkan aku, keluarga ku, sahabat ku dan semua muslimin dan muslimat
Mungkin semua bencana alam yang belaku ini wajar dijadikan sebagai petanda
Amaran dari Tuhan Yang Esa
Bumi ini sudah tua
Bumi ini sudah hampir dengan pengakhirannya
Bumi ini sudah tidak mampu lagi
Apakah kita sudah benar2 bersedia?
Atau...
Kita masih leka, masih lagi di awang-awangan...
Soalan ini cuma aku, kau dan mereka yang bisa menjawabnya...
Bumiku Sudah Tua...
Friday, January 15, 2010
Posted by Natisha Z. at 10:12 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment