Buat mereka yang tidak mengerti
Hidup ini bukan hanya membuta tuli
Engkau fikir engkau siapa
Semua kita tiada beza
Hidup pun menumpang di bumi Yang Maha Esa
Emosi ku lantas di rasuk parah
Melihatkan engkau mengaku gagah
Tatkala dapat merampas sebuah parkir
Namun aku hanya mampu menyerah
Kerana ku punya akal ligat berfikir
Pada saat ini ternyata engkau dan aku punya banyak beza
Bagai kecil bumi dan luasnya alam semesta
Aku melepaskan bukan tanda ku kalah
Tetapi sekadar mahu membuka mata engkau pada yang salah
Namun aku pelik
Kenapa mesti begitu wahai insan cerdik?
Engkau punya ilmu sepenuh dada
Tapi lagak engkau tak ubah bagai serigala menerkam mangsa
Jangan fikir kau bisa peroleh kemenangan
Hanya kerana status engkau pembuli jalanan
Ingatkan diri tentang makna kehidupan
Bukan sentiasa merasai kesenangan
Tiba masa engakau turut di rundung keperitan
Hidup ini sebuah karma
Jangan kerana lagak yang sama
Orang lain pula yang menjadi mangsa
Aku juga bukan lah sempurna
Yang ku titip ini peringatan untuk diriku jua
Jangan tegar memegang status yang serupa
0 comments:
Post a Comment