Ini pertama kali aku menulis...
Puas fikir nak tulis mengenai apa, andai semuanya pun akhir-akhir ini serba tak kena
Tiba-tiba James Cameron melintas di fikiran
Apa lagi yang lebih menarik tentang dia saat ini kalau bukan filem terbarunya Avatar yang ditayangkan December 2009...
Pertama kali...
Aku tak berminat untuk menonton filem ini kala terpandang posternya
"Beb! Jom tengok cerita Avatar", kata teman akrabku
"Best ker?", tanya aku.
Apabila cerita bermula, fikiran aku yang melayang-layang tadi terus terpaku, jadi fokus...
Pertama kali...
Aku lihat rekaan hutan yang sangat indah...Imaginasi...
Wow amazing!!!
Cerita yang sukar dicerita kan kembali apabila ditanya tetapi terus melekat di benak fikiran
Pertama kali...
Selepas menonton tayangan yang pertama aku kembali semula untuk kedua kalinya
Kali ini dalam bentuk yang berbeza
Tayangan 3D
Pertama kali menonton aku sungguh kagum dan pertama kali untuk yang kedua ini aku bertambah kagum
Pertama kali ...
Aku terbayang...Jika ini filem yang dihasilkan oleh anak bangsa sendiri sudah pasti ramai akan lebih kagum
Pertama kali...
Aku terfikir; bila standard filem sebegini mampu kita hasilkan
Pertama kali...
Semua pun pasti bermula dengan PERTAMA kali...
Selepas yang pertama ini bermula pasti akan ada yang seterusnya...
Pertama...
Friday, January 15, 2010
Posted by Natisha Z. at 11:03 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment